Share It

(dikemaskini 1 JANUARI 2012)
LAGI GAMBAR & BERITA TERKINI...SERTAI FACEBOOK SKTM

Demo oleh JPA3

SKTM berbesar hati dengan kesudian pihak Jabatan Pertahan Awam yang telah hadir pada Rabu 9 Mei 2012 untuk mengadakan demonstrasi pada hari KoKurikulum. Pihak JPA3 telah menunjukkan cara-cara mengendalikan ular kepada murid-murid SKTM. Diharapkan dengan ilmu yang diberikan, murid-murid SKTM dapat bertindak bijak jika terpaksa berhadapan dengan ular pada suatu hari nanti.

Public Speaking

SK Taman Merak sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan Public Speaking di Dewan SKTM. Public Speaking adalah salah satu aktiviti berkaitan Kurikulum yang dianjurkan oleh PPD Selatan. Panitia Bahasa Inggeris yang diketuai oleh Pn Premavathi telah diberi kepercayaan untuk menjalankan aktiviti ini dengan bantuan daripada beberapa guru yang lain. Diharapkan aktiviti Public Speaking kali ini dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid SKTM.

Minggu Peperiksaan PKSR1

Minggu peperiksaan akan datang lagi. Kepada semua ibu bapa, murid dan guru, diharap dapat bersedia. Ibu bapa pastikan anak-anak anda mengulangkaji pelajaran mereka. Murid pastikan anda faham dan mengulangkaji pelajaran yang telah anda pelajari. Guru pula bersedia untuk menyediakan kertas peperiksaan dan menanda kertas peperiksaan serta memberi markah kepada anak-anak murid kesayangan anda. Selamat menjawab kepada semua murid pada 23-26 Mei ini.

Program Susu Sekolah (PSS)

SKTM 26 Mac 2012. SKTM disini ingin menghebahkan maklumat bahawa Program Susu Sekolah telah dimulakan [ada minggu ini. Setiap minggu murid-murid akan dibekalkan dengan 2 kotak air susu untuk diminum sehingga habis setiap kali air susu diberikan. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan air susu tersebut kerana dikhuatiri rosak setelah dibuka. Kepada ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka minum air susu tersebut diminta menghantarkan borang kebenaran bertulis yang guru-guru kelas bekalkan dan pastikan anda menanda tidak membenarkannya.

Kawad Kecemasan 1 2012



SKTM 29 Mac 2012. SKTM dengan kerjasama Jawatankuasa 3K di bawah unit Keselamatan telah mengadakan Kawad Kecemasan kali 1 2012. Kawad kecemasan ini adalah latihan untuk murid-murid dan para guru berlatih menghadapi masa kecemasan. Kawad Kecemasan kali ini diketuai oleh Cikgu Roslan b Keloyong yang mengendalikannya dengan baik. Menurut Encik Roslan, prestasi untuk menghadapi kecemasan masih boleh diperbaiki lagi.

Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 2012



24/3/2012 hari Sabtu. SKTM mengucapkan tahniah kepada murid-murid dan juga ibu bapa yang sudi menghadiri Program Motivasi Keibubapaan kali ini. Penceramah yang berpengalaman iaitu Pegawai Pendidikan Khas/Pemulihan PPDS, En Osman bin Hashim sudi datang dengan jemputan daripada tuan Guru Besar, En Zaikuan Husain bagi mengongsikan pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar dari pusat pengajian tinggi sehinggalah sekarang. SKTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau. SKTM di sini sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Lawatan Kelompok PPDS ke SKTM

Baru-baru ini, SKTM sekali lagi menerima tuah dengan Lawatan Kelompok dari PPDS ke SKTM. Lawatan yang bertujuan untuk menilai keupayaan sekolah dan memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna bagi semua warga SKTM pada masa akan datang. SKTM sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai PPDS yang sudi meluangkan masa datang ke SKTM bagi tujuan yang murni ini. Program SHUKOR juga turut dirasmikan oleh pegawai dari PPDS.

Cuti Pertengahan Penggal 1 2012

SKTM disini ingin mengumumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal 1 2012 akan bermula pada Sabtu 10/3/2012 dan berakhir pada Ahad 18/3/2012. Sekolah akan dibuka semula pada Isnin 19/3/2012. Diharapkan semua murid SKTM dapat mengisi waktu percutian dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kem Bestari Solat

SKTM dengan kerjasama Panitia Agama Islam sekali lagi tidak ketinggalan menganjurkan Kem Bestari Solat untuk anak-anak murid yang beragama Islam. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kepentingan solat lima waktu kepada murid tahap 1 dan mengukuhkan keimanan kepada murid tahap 2. Semua murid beragama islam diwajibkan hadir pada Kem Bestari Solat kali ini yang dianjurkan pada hari Rabu 7/3/2012. Semoga SKTM umumnya dan murid-murid khasnya diberkati ALLAH.

Sukan Daerah

SKTM sekali lagi seperti tahun-tahun sudah tidak ketinggalan menyertai Sukan Olahraga Daerah Seberang Perai Selatan yang dianjurkan di Stadium Batu Kawan. Pasukan olahraga SKTM dilatih oleh jurulatih berpengalaman iaitu En Abdul Shukor b Embi yang melatih setiap pasukan olahraga SKTM dari dahulu hingga sekarang. Tahun ini adalah pasukan olahraga terakhir yang dilatih oleh EN Abdul SHukor keran beliau akan bersara pada penghujung tahun. SKTM akan terasa kehilangan beliau sebagai jurulatih olaharaga SKTM. Namun begitu, kita harapkan pasukan olahraga yang bertanding pada kali ini dapat sekurang-kurangnya menghadiahkan sebuah pingat kepada SKTM umumnya dan Cikgu Shukor khasnya.

Program Pementoran Guru di USM


Pada 18 Februari 2012 yang lalu, Guru Besar SKTM dengan diiringi oleh PK1 dan 4 orang guru telah dijemput menghadiri Program Pementoran Guru yang berlangsung di Dewan Syed Putra Universiti Sains Malaysia. Program ini yang turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin. Program bermula pada pukul 2.30 pm dan berakhir pada pukul 7.00 pm.

Hari suaikenal Tahun 1/Pra Sekolah Sesi 2012




Hari suaikenal yang berlangsung pada hari Jumaat 30 Disember 2011 yang lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua ibubapa yang hadir untuk mendaftarkan anak ke SKTM. Kami para staf SKTM sangat berbangga dengan kehadiran ibubapa kerana sudi meluangkan masa untuk kepentingan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan. Diharapkan semua ibubapa dapat menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan khususnya dan SKTM pada amnya kerana anak-anak kita adalah masa depan kita bersama.

Sesi Suaikenal tahun 1 2012

Satu sesi suaikenal bagi murid tahun 1 2012 akan diadakan pada hari Jumaat 30.12.2011. Sesi suaikenal ini bertujuan bagi memudahkan murid untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti sekolah seperti menggunakan kemudahan tandas, kantin, kedai buku dan juga bilik-bilik khas sekolah seperti Pusat Sumber, Bilik AV, Bilik Sains dan lain-lain. Ibubapa juga akan diberi taklimat dan juga masa untuk membuat pembayaran yuran PIBG dan lain-lain. Semua ibubapa murid tahun 1 sesi 2012 dijemput hadir.
GURU BERTUGAS MINGGU INI
26-30 Mac 2012
Tajuk Mingguan 'HORMAT MENGHORMATI'
1. En Abdul Latif Mohd Kassim
2. Pn Theeba

PENYELARAS : PK HEM

RM100

Pengumuman untuk semua ibu bapa atau penjaga pelajar SKTM. Pemberian wang RM100 akan diberi pada 16/11/2011 bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Anda semua diminta membawa kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraan bagi melayakkan anda menerima wang RM100 tersebut. Sekian, terima kasih

Keputusan UPSR 2011


Keputusan UPSR akan dikeluarkan dengan rasmi pada 17hb November 2011. Para calon UPSR SKTM 2011 diharapkan dapat bersabar dan mendoakan agar dapat mencapai kecemerlangan diri dan seterusnya SKTM.

Kelengkapan Makmal Komputer Baru

SKTM sekali lagi diberkati Allah apabila terpilih untuk tersenarai dalam 23 buah sekolah untuk mendapat kelengkapan komputer baru bagi makmal Komputer Sekolah. Pihak Kementerian Pelajaran bermurah hati untuk membekalkan komputer bagi kegunaan 40 orang pelajar dan 1 orang guru dengan perabot baru bagi menggantikan komputer sekolah yang sudah ketinggalan zaman. Moga semua murid SKTM dapat menggunakan kelengkapan baru ini dengan berhemah agar dapat mencapai kecemerlangan didalam pelajaran anda.

Hari Anugerah Kecemerlangan

Pada 12 hb November 2011, SKTM sekali lagi akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan bagi meraikan murid-murid SKTM yang berjaya mencapai tahap kecemerlangan disepanjang tahun 2011 ini. Kami para guru SKTM, sentiasa mendoakan anak-anak murid SKTM agar sentiasa dapat mencapai kecemerlangan. Bagi mereka yang tidak berjaya, berusahalah dengan lebih gigih, masa depan anda masih panjang.

HARI RAYA HAJI

SKTM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua warga SKTM yang beragama Islam. Moga kita semua diberkati Allah.

Cuti Sempena DEEPAVALI

PERHATIIAN

Sempena menyambut perayaan kaum India beragama Hindu, SKTM akan bercuti bermula daripada 25hb Oktober sehingga 30hb Oktober 2011. Sekolah akan dibuka semula pada 31hb Oktober 2011. SKTM mengucapkan kepada warga SKTM yang beragama Hindu, SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI. Kepada semua murid, anda diminta supaya menjaga keselamatan diri sepanjang cuti ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Lawatan Bina Insan Guru ke Pra Sekolah SKTM

Isnin, 17 Oktober 2011. SKTM baru-baru ini berbesar hati menerima lawatan daripada Program Lawatan Bina Insan (BIG) PraSekolah oleh Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terangganu. SKTM telah dipilih sebagai sekolah untuk dilawati oleh pelajar-pelajar PISMP PraSekolah Semester 6 ambilan Januari 2009. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak luar mengenai PraSekolah SKTM dan juga dapat memberi ruang untuk murid-murid bersosial dengan peserta lawatan. Seramai 21 orang pelajar dan 2 orang pensyarah menyertai lawatan ini. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, En Mohammad Ghazali b Abu Bakar diiringi oleh Guru Besar SKTM, En Zaikuan Husain turut menyerikan sambutan peserta lawatan ke sini. Peserta lawatan tiba pada pukul 9:30 pagi dan disambut oleh pasukan kompang SKTM dibawah bimbingan En Roslan Keloyong. Lawatan selesai pada pukul 1:00 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

PKSR 2 2011

PERHATIAN SEMUA MURID SKTM

Disepanjang 18, 19 dan 20 Oktober 2011, anda semua akan menghadapi peperiksaan terakhir pada tahun ini. Siapkan alat tulis dan ulangkaji pelajaran anda. Semoga berjaya.

LAWATAN

Pada 22 dan 23 September 2011 yang lalu, SKTM telah mengadakan lawatan untuk murid-murid tahun 6 setelah bertungkus lumus belajar sepanjang tahun dan mengambil peperiksaan UPSR. Lawatan ke Melaka bermula seawal pukul 6 pagi 22 September untuk bertolak dan tiba semula ke SKTM pada 23 September pada pukul 12 malam.
Lawatan ke Kedah dan Perlis pula dijadualkan pada 19 Oktober 2011. Lawatan ini adalah untuk murid-murid yang tidak dapat mengikuti lawatan ke Melaka atas sebab tidak cukup tempat.

Pertukaran

Umumnya ramai yang telah mengetahui pertukaran Pn Noor'in bt Abd Rahman ke SK Sri Sentosa disebabkan kenaikan pangkat. Warga SKTM di sini mendoakan agar Pn Noor'in bergembira di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini. Kami juga mengucapkan tahniah keatas kenaikan pangkat beliau. Jasamu dikenang.
Patah tumbuh hilang berganti. Pertukaran Pn Noor'in keluar telah diganti dengan seorang PK HEM yang baru yang lebih muda iaitu Pn Norlia Bt Mohd Shahari. Beliau bertugas di SK Titi Teras, Balik Pulau sebelum pertukaran ke SKTM. Kami warga SKTM mengalu-alukan kedatangan beliau dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan gembira dan berdedikasi di SKTM.

Sukan Sekolah Tahunan

Tahniah warga SKTM di atas kejayaan mengadakan Sukan Tahunan Sekolah kali ke 9 pada 8 Oktober 2011. Diharapkan semua warga SKTM telah bergembira semasa latihan, sukantara dan acara akhir sepanjang 2 minggu yang lalu.
SELAMAT DATANG TUAN GURU BESAR BAHARU
8 OGOS 2011
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan Encik Zaikuan Hussien sebagai guru besar sekolah.

SELAMAT BERTUKAR DAN MAJU JAYA
Puan Hadiah binti Md. Rasid - Guru Besar ke SK Permatang Sintok
Encik Faizal Abdul Halim - Naik Pangkat PK Hem di SK Sungai Bakap

Kami warga SKTM mengucapkan selamat jalan dan maju jaya di tempat baru.
Sesungguhnya sumbangan dan jasa tuan amatlah kami sanjungi.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
Sesungguhnya perbanyakkan ibadah pada bulan yang mulia ini.
Salam Ramadan Al-Mubarak buat semua warga SKTM
PEPERIKSAAN PKSR 1
25-27 MEI 2011
Diharap semua murid dan waris bersedia mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan ini akan mengukur sejauh mana kefahaman dan kemampuan murid berkaitan subjek yang telah dipelajari. Sediakan peralatan pensil, pemadam, pembaris, pengasah pensil dan warna. Lihat jadual yang diedarkan.
PK PENTADBIRAN
PERKAMPUNGAN ILMU UPSR
28-29 MEI 2011
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KEJUTERAAN
Semua murid tahun 6 wajib menghadiri program ini. Tujuannya untuk memberi pendedahan berkaitan teknik menjawab soalan UPSR dengan berkesan. Ramai pakar dijemput bagi menyampaikan ceramah termasuk Encik Zulkifly pegawai JPN.
28 Mei - 8 pagi hingga 5 petang
29 Mei - 8 pagi hingga 3 petang
Anjuran Unit Bimbingan dan PIBG
SAMBUTAN HARI GURU
16 MEI 2011
Majlis sambutan Hari Guru akan diadakan pada hari Isnin bermula jam 7.45 pagi ;
1. Perhimpunan pagi
2. Bacaan Perutusan YAB Menteri Pelajaran
3. Bacaan Perutusan KPM Pelajaran
4. Nyanyian dan ikrar guru
5. Pertandingan mewarna dan silangkata Hari Guru
6. Persembahan Guru
7. Permainan dan cabutan hadiah
Semua guru dan staf dijemput hadir untuk jamuan di restoran Pulau Aman.



KARNIVAL KOKURIKULUM AKADEMIK R20
27 APRIL 2011 (RABU)
SK BANDAR TASEK MUTIARA

Tahniah dan Syabas Buat semua peserta dan guru pengiring serta warga SKTM kerana sekolah kita telah berjaya merangkul beberapa kemenangan;
1. Story Telling - tempat ke 3 (Taaniya 5P)
2. Public Speaking - tempat ke 2 (Kayshita 6P)
3. Choral Speaking - tempat ke 2
4. Spelling Competition - tempat ke 3 (Nur Shahirah 6P)

KEM BESTARI SOLAT
27 APRIL 2011 (2 PETANG)
Aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dengan kerjasama PIBG. Pelbagai acara ilmiah dan dorongan serta tunjuk ajar berkaitan hukum-hukum Islam. Murid-murid telah didedahkan secara teori dan amali. Syukur Alhamdulillah, sambutan amat membanggakan. Terima kasih juga buat semua guru dan staf.
Ketua Panitia Agama Islam dan Ahlinya.
PERTANDINGAN BOLA BALING ZON NIBONG TEBAL 2011
18-21 APRIL DI PADANG SKTM
Tahniah buat sekolah yang telah dipilih oleh PPDS untuk menjadi pengelolaan kejohanan tersebut. Oleh itu, dijemput semua warga sekolah datang beramai-ramai memberi sokongan terutama kepada pasukan kita. PK Kokurikulum.
TAHNIAH DAN SYABAS
KENAIKAN PANGKAT KUP DGA32 DAN DG44
Pihak pengurusan dan warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kenaikan pangkat beberapa orang guru SKTM. Diharap tuan puan akan terus maju. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah dan sesungguhnya berikan khidmat dan komitmed kepada agama dan anak didik kita.
PENDAFTARAN GURU PENGAWAS PEPERIKSAAN 2011
Kepada guru yang berminat untuk mengawasi UPSR/PMR/SPM/STPM, tuan puan bolehlah menghubungi Setiausaha Peperiksaan untuk mendaftar secara online.


KURSUS PEMBINAAN DAN PEMURNIAN BLOG SEKOLAH
13-14 APRIL 2011
MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH

Kursus diadakan khas untuk Guru ICT SK/SJK/SMK di bawah kelolaan PKG Sungai Bakap. Seramai 15 orang peserta terlibat untuk sesi yang pertama. Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih sekolah ini dan memohon kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan. Oleh itu, operasi makmal untuk warga sktm ditunda sementara waktu. Terima kasih.
MESYUARAT PANITIA KALI KE 2
Diminta semua Ketua Panitia mengadakan mesyuarat tersebut mulai 11-15 April bagi melaporkan dan merancang aktiviti panitia yang telah, sedang atau bakal dilansanakan. Terima kasih.PK Pentadbiran.

LATI
HAN DALAM PERKHIDMATAN UNTUK GURU
9 APRIL 2011 (SABTU 8 PAGI-1 PETANG)
Tajuk : 'PERANCANGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN DAN PELAN STRATEGI DAN TAKTIKAL'
LDP ini akan disampaikan oleh Encik Jamalluddin dan Haji Nasir Guru Besar SK Seri Tasek. Objek utama meningkat kemahiran guru untuk SKTM.Semua guru diwajibkan hadir. Guru Besar SKTM.


LAWATAN PENGAWAS PSS KE PAMERAN BUKU ANTARABANGSA
8 APRIL 2011 (8 AM-12 PM)
DEWAN MELLINIUM KEPALA BATAS
Pihak pengurusan PSS dengan kebenaran pihak sekolah akan mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku. Semua pengawas PSS dan guru terlibat. Semoga peserta terlibat dapat menimba ilmu.
GURU PSS CIKGU NORHAYATI SIRON
PENGAUDITAN BUKU NILAM SESI 1 BULAN MAC 2011
Kepada semua murid SKTM, anda dikehendaki menghantar buku Laporan NILAM kepada guru kelas atau guru-guru lain untuk disemak dan ditandatangi sebelum dihantar kepada Puan Norhayati Siron Guru PSS. Para pemenang akan diumumkan dan diberikan hadiah.
Budaya Membaca Amalan Kita.
UJIAN PERMATA PINTAR 1
20 MAC - 15 APRIL
Perhatian kepada semua guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 hingga 6, tuan puan dikehendaki menjalankan ujian tersebut untuk semua murid kelas yang terlibat di url www.permatapintar.com.my. Semua ujian berlangsung di makmal komputer sekolah. Jadual ikut kekosongan. Terima kasih.

MESYUARAT AJK PIBG KALI-1 2011
26 MAC 2011 (SABTU 8:30AM)
Perhatian kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik sesi 2011/2012, tuan puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Kehadiran tuan puan amatlah diharapkan. Notis mesyuarat telah diedarkan melalui anak jagaan tuan puan. Terima kasih.
Encik Jamalluddin Ismail Setiausaha Kehormat PIBG.
LARANGAN MENUNGGANG MOTOSIKAL
25 MAC 2011
Berkuatkuasa serta merta, pihak sekolah memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan puan khususnya para waris yang budiman supaya TIDAK menunggang motosikal di dalam kawasan sekolah. Tindakan tersebut diambil agar mengelakkan sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Keperihatinan para waris diucapkan terima kasih.

PROGRAM BIMBINGAN PEGAWAI PPDS
9 MAC 2011
Khas buat murid tahun 6, ceramah motivasi akan diadakan pada pukul 2-4 petang di dewan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Azwan Pegawai Kaunselor PPDS.
Hubungi Puan Noramal Guru BK.