Monday, October 24, 2011

Lawatan Bina Insan Guru ke Pra Sekolah SKTM

Isnin, 17 Oktober 2011. SKTM baru-baru ini berbesar hati menerima lawatan daripada Program Lawatan Bina Insan (BIG) PraSekolah oleh Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terangganu. SKTM telah dipilih sebagai sekolah untuk dilawati oleh pelajar-pelajar PISMP PraSekolah Semester 6 ambilan Januari 2009. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak luar mengenai PraSekolah SKTM dan juga dapat memberi ruang untuk murid-murid bersosial dengan peserta lawatan. Seramai 21 orang pelajar dan 2 orang pensyarah menyertai lawatan ini. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, En Mohammad Ghazali b Abu Bakar diiringi oleh Guru Besar SKTM, En Zaikuan Husain turut menyerikan sambutan peserta lawatan ke sini. Peserta lawatan tiba pada pukul 9:30 pagi dan disambut oleh pasukan kompang SKTM dibawah bimbingan En Roslan Keloyong. Lawatan selesai pada pukul 1:00 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.