SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kebangsaan Taman Merak mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada Januari 2002. Sekolah mempunyai 4 blok bangunan iaitu Blok A, B, C dan D. Terdapat pelbagai kemudahan iaitu bilik-bilik khas, padang pelbagai guna, prasekolah, pusat sumber, makmal komputer, surau dan pondok menunggu. Terdiri daripada 3 kelas untuk setiap tahun yang dinamakan Perdana, Waja dan Satria. Sesi persekolahan bermula 7.30 pagi hingga 1.35 petang.

Bilangan murid pada tahun pertama ialah 223 orang dan guru perintis seramai 12 orang. Penyelaras sekolah iaitu yang bertanggungjawab membuka sekolah ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Abdul Shukor bin Embi. Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Taman Merak memiliki 314 pelajar lelaki dan 305 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 619 orang. Sekolah mempunyai seramai 42 orang guru pada tahun 2009. Sekarang iaitu tahun 2014, jumlah murid seramai 603 dan guru seramai 45 orang
 Penyelaras Sekolah, Encik Abdul Shukor Bin Embi 

 
  Murid dan guru perintis
Guru Besar yang pertama ialah Puan Rokiah binti Bakar yang bertugas dari 01 Januari 2002 hingga 16 Mei 2006. Seterusnya Guru Besar yang kedua ialah Tuan Haji Abdul Rahman Bin Jamaluddin iaitu bermula 17 Mei 2006 hingga 17 Oktober 2007. Selepas Guru Besar yang kedua bersara diganti pula oleh Encik Goh Tick Koon iaitu dari 18 Oktober 2007 hingga 14 Disember 2010. Seterusnya selepas Encik Goh Tick Koon bersara, digantikan oleh Puan Hadiah Binti Rashid iaitu dari 16 Disember 2010 hingga 15 Julai 2011. Selepas itu guru Besar sekarang ialah Encik Zaikuan Bin Husain yang mula bertugas pada 16 Julai 2011.