Monday, October 24, 2011

Cuti Sempena DEEPAVALI

PERHATIIAN

Sempena menyambut perayaan kaum India beragama Hindu, SKTM akan bercuti bermula daripada 25hb Oktober sehingga 30hb Oktober 2011. Sekolah akan dibuka semula pada 31hb Oktober 2011. SKTM mengucapkan kepada warga SKTM yang beragama Hindu, SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI. Kepada semua murid, anda diminta supaya menjaga keselamatan diri sepanjang cuti ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Lawatan Bina Insan Guru ke Pra Sekolah SKTM

Isnin, 17 Oktober 2011. SKTM baru-baru ini berbesar hati menerima lawatan daripada Program Lawatan Bina Insan (BIG) PraSekolah oleh Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terangganu. SKTM telah dipilih sebagai sekolah untuk dilawati oleh pelajar-pelajar PISMP PraSekolah Semester 6 ambilan Januari 2009. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak luar mengenai PraSekolah SKTM dan juga dapat memberi ruang untuk murid-murid bersosial dengan peserta lawatan. Seramai 21 orang pelajar dan 2 orang pensyarah menyertai lawatan ini. Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan, En Mohammad Ghazali b Abu Bakar diiringi oleh Guru Besar SKTM, En Zaikuan Husain turut menyerikan sambutan peserta lawatan ke sini. Peserta lawatan tiba pada pukul 9:30 pagi dan disambut oleh pasukan kompang SKTM dibawah bimbingan En Roslan Keloyong. Lawatan selesai pada pukul 1:00 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Thursday, October 13, 2011

PKSR 2 2011

PERHATIAN SEMUA MURID SKTM

Disepanjang 18, 19 dan 20 Oktober 2011, anda semua akan menghadapi peperiksaan terakhir pada tahun ini. Siapkan alat tulis dan ulangkaji pelajaran anda. Semoga berjaya.

LAWATAN

Pada 22 dan 23 September 2011 yang lalu, SKTM telah mengadakan lawatan untuk murid-murid tahun 6 setelah bertungkus lumus belajar sepanjang tahun dan mengambil peperiksaan UPSR. Lawatan ke Melaka bermula seawal pukul 6 pagi 22 September untuk bertolak dan tiba semula ke SKTM pada 23 September pada pukul 12 malam.
Lawatan ke Kedah dan Perlis pula dijadualkan pada 19 Oktober 2011. Lawatan ini adalah untuk murid-murid yang tidak dapat mengikuti lawatan ke Melaka atas sebab tidak cukup tempat.

Pertukaran

Umumnya ramai yang telah mengetahui pertukaran Pn Noor'in bt Abd Rahman ke SK Sri Sentosa disebabkan kenaikan pangkat. Warga SKTM di sini mendoakan agar Pn Noor'in bergembira di tempat baru dan jangan lupakan kami di sini. Kami juga mengucapkan tahniah keatas kenaikan pangkat beliau. Jasamu dikenang.
Patah tumbuh hilang berganti. Pertukaran Pn Noor'in keluar telah diganti dengan seorang PK HEM yang baru yang lebih muda iaitu Pn Norlia Bt Mohd Shahari. Beliau bertugas di SK Titi Teras, Balik Pulau sebelum pertukaran ke SKTM. Kami warga SKTM mengalu-alukan kedatangan beliau dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan gembira dan berdedikasi di SKTM.

Sukan Sekolah Tahunan

Tahniah warga SKTM di atas kejayaan mengadakan Sukan Tahunan Sekolah kali ke 9 pada 8 Oktober 2011. Diharapkan semua warga SKTM telah bergembira semasa latihan, sukantara dan acara akhir sepanjang 2 minggu yang lalu.