Thursday, March 31, 2011

PENGAUDITAN BUKU NILAM SESI 1 BULAN MAC 2011
Kepada semua murid SKTM, anda dikehendaki menghantar buku Laporan NILAM kepada guru kelas atau guru-guru lain untuk disemak dan ditandatangi sebelum dihantar kepada Puan Norhayati Siron Guru PSS. Para pemenang akan diumumkan dan diberikan hadiah.
Budaya Membaca Amalan Kita.

Sunday, March 27, 2011

UJIAN PERMATA PINTAR 1
20 MAC - 15 APRIL
Perhatian kepada semua guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 hingga 6, tuan puan dikehendaki menjalankan ujian tersebut untuk semua murid kelas yang terlibat di url www.permatapintar.com.my. Semua ujian berlangsung di makmal komputer sekolah. Jadual ikut kekosongan. Terima kasih.

Saturday, March 26, 2011

MESYUARAT AJK PIBG KALI-1 2011
26 MAC 2011 (SABTU 8:30AM)
Perhatian kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang baru dilantik sesi 2011/2012, tuan puan dijemput hadir ke majlis tersebut. Kehadiran tuan puan amatlah diharapkan. Notis mesyuarat telah diedarkan melalui anak jagaan tuan puan. Terima kasih.
Encik Jamalluddin Ismail Setiausaha Kehormat PIBG.
LARANGAN MENUNGGANG MOTOSIKAL
25 MAC 2011
Berkuatkuasa serta merta, pihak sekolah memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan puan khususnya para waris yang budiman supaya TIDAK menunggang motosikal di dalam kawasan sekolah. Tindakan tersebut diambil agar mengelakkan sesuatu kemalangan yang tidak diingini. Keperihatinan para waris diucapkan terima kasih.

Sunday, March 06, 2011


PROGRAM BIMBINGAN PEGAWAI PPDS
9 MAC 2011
Khas buat murid tahun 6, ceramah motivasi akan diadakan pada pukul 2-4 petang di dewan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Azwan Pegawai Kaunselor PPDS.
Hubungi Puan Noramal Guru BK.



MAJLIS PELANCARAN BACAAN NILAM 2011
7 MAC 2011 DATARAN PAGI SKTM
Majlis Tahunan akan diadakan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.15 pagi. Pelancaran akan dilakukan oleh Puan Guru Besar. Pelbagai acara diadakan. Pemenang pertama akan menerima sebuah basikal.
Hubungi Puan Norhayati Siron Guru PSS.


PROGRAM BIMBINGAN UPSR
4 MAC 2011
Satu program bimbingan yang diatur oleh Unit Bimbingan PPDS telah berjaya diadakan khas buat calon-calon UPSR tahun ini. Seramai 3 orang guru kaunselor sekolah SPS terlibat. Kelolaan Puan Noramal Guru Kaunselor SKTM.

Saturday, March 05, 2011




MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 10
5 MAC 2011

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat AJK PIBG yang lalu, jasa dan bakti amatlah dihargai. Tahniah buat AJK baharu dilantik.

MAJLIS ANUGERAH NKRA 2010
28 FEBRUARI 2011 MERLIMAU MELAKA
TAHNIAH!!! Buat semua warga SKTM
atas kejayaan penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar Lonjakan Prestasi Cemerlang UPSR. Anugerah diterima oleh Mantan Guru Besar Encik Goh Tick Koon dari YAB TPM. Syabas.

Thursday, March 03, 2011

MEMORI DALAM KENANGAN