Tuesday, February 22, 2011


KURSUS NILAM PKG SUNGAI BAKAP
21 FEBRUARI 2011
Kursus dianjurkan oleh pihak PKG Sungai Bakap bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di makmal Komputer SK Taman Merak. Semua guru Nilam PSS terlibat.

Sunday, February 20, 2011

PEPERIKSAAN PRA PKSR 1
28 FEBRUARI - 2 MAC 2010
Peperiksaan ini berjalan serentak dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Adalah diharap semua murid dapat membuat persediaan bagi mencapai kejayaan cemerlang. Pastikan kehadiran anda pada waktu yang ditetapkan. Jadual akan diedarkan kemudian.

Thursday, February 17, 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9
5 MAC 2010 (SABTU 9 PAGI)
Perhatian semua ibu bapa, waris, penjaga dan guru, mesyuarat agung akan berlangsung pada hari dan waktu yang tertera. Diharap tuan puan menerima notis mesyuarat tersebut daripada anak jagaan tuan puan. Sebarang usul bolehlah dikembalikan pada guru kelas. Kehadiran tuan puan amatlah dialu-alukan. Setiausaha PIBG 2010/2011.

Tuesday, February 15, 2011



SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL
23 FEBRUARI 2011 (RABU)
Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada jam 2 petang hingga 4 petang. Semua guru dan murid diminta hadir untuk menjayakan majlis tersebut.



PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 & IKRAR
19 FEBRUARI 2011
Satu perjumpaan waris dan bacaan ikrar untuk calon UPSR 2011 bertempat di dewan sekolah. Penceramah Ustaz Muhamad Aziz PK Pentadbiran SMKA Nibong Tebal. Diharap semua waris dan guru dijemput hadir.

Sunday, February 13, 2011


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
15 FEBRUARI 2011
Warga SKTM mengucapkan salam Maulidur Rasul buat semua penganut agama Islam. Sesungguhnya kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW menjadi landasan buat kita semua supaya menjadi insan yang taat dan patuh kepada ajaran Islam sebenar.

Saturday, February 12, 2011



PENGEMASKINIAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID 2011
Adalah diharapkan semua ibu bapa dapat mengisi borang BMM untuk melengkap maklumat terkini keluarga masing-masing untuk dihantar ke KPM. Antaranya
1. Jumlah pendapatan terkini
2. Bilangan anak dan tanggungan
3. Nombor telefon terkini
4. Alamat rumah dan tempat kerja
PK Hem Puan Noor'in Abdul Rahman