KURSUS NILAM PKG SUNGAI BAKAP 21 FEBRUARI 2011 Kursus dianjurkan oleh pihak PKG Sungai Bakap bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di makmal Komputer SK Taman Merak. Semua guru Nilam PSS terlibat.
Sunday, February 20, 2011
PEPERIKSAAN PRA PKSR 1 28 FEBRUARI - 2 MAC 2010 Peperiksaan ini berjalan serentak dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Adalah diharap semua murid dapat membuat persediaan bagi mencapai kejayaan cemerlang. Pastikan kehadiran anda pada waktu yang ditetapkan. Jadual akan diedarkan kemudian.
Thursday, February 17, 2011
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9 5 MAC 2010 (SABTU 9 PAGI) Perhatian semua ibu bapa, waris, penjaga dan guru, mesyuarat agung akan berlangsung pada hari dan waktu yang tertera. Diharap tuan puan menerima notis mesyuarat tersebut daripada anak jagaan tuan puan. Sebarang usul bolehlah dikembalikan pada guru kelas. Kehadiran tuan puan amatlah dialu-alukan. Setiausaha PIBG 2010/2011.
Tuesday, February 15, 2011
SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL 23 FEBRUARI 2011 (RABU) Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada jam 2 petang hingga 4 petang. Semua guru dan murid diminta hadir untuk menjayakan majlis tersebut.
PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 & IKRAR 19 FEBRUARI 2011 Satu perjumpaan waris dan bacaan ikrar untuk calon UPSR 2011 bertempat di dewan sekolah. Penceramah Ustaz Muhamad Aziz PK Pentadbiran SMKA Nibong Tebal. Diharap semua waris dan guru dijemput hadir.
Sunday, February 13, 2011
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 15 FEBRUARI 2011 Warga SKTM mengucapkan salam Maulidur Rasul buat semua penganut agama Islam. Sesungguhnya kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW menjadi landasan buat kita semua supaya menjadi insan yang taat dan patuh kepada ajaran Islam sebenar.
Saturday, February 12, 2011
PENGEMASKINIAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID 2011 Adalah diharapkan semua ibu bapa dapat mengisi borang BMM untuk melengkap maklumat terkini keluarga masing-masing untuk dihantar ke KPM. Antaranya 1. Jumlah pendapatan terkini 2. Bilangan anak dan tanggungan 3. Nombor telefon terkini 4. Alamat rumah dan tempat kerja PK Hem Puan Noor'in Abdul Rahman