Friday, October 22, 2010

PESTA PERMAINAN SELEPAS UPSR
18-22 OKTOBER 2010
01-02 NOVEMBER 2010
Semua murid dan guru tahun 6 terlibat. Pelbagai acara disediakan anataranya pertandingan bola sepak, bola jaring, tarik tali, sukaneka, mendiri dan mengemaskini khemah dan sebagai. Pertandingan antara kelas sahaja.
CERAMAH HALA TUJU SELEPAS UPSR
22 OKTOBER 2010
Semua murid tahun 6 terlibat. Program ini bertujuan mendedahkan murid tentang persediaan menghadapi alam sekolah menengah. Harap semua murid dapat menghadirkan diri.
Guru Bimbingan Kaunseling Noramal Zainal
MINGGU BAHASA KEBANGSAAN & PUSAT SUMBER SEKOLAH
11-15 OKTOBER 2010
Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk semua murid dan guru. Objektif utama aktiviti ini untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan ke arah globalisasi. Antara aktiviti deklamasikan sajak, bercerita, berpantun, mewarna, teka kata, baca berita, taksir kulit buku, menyanyi lagu irama Malaysia, keindahan peribahasa dan sebagainya.
Guru PSS Norhayati Siron. Gambar lihat facebook sekolah.
PEPERIKSAAN PKSR 2
26-28 OKTOBER 2010
Semua murid terlibat, pastikan anda membuat persediaan rapi bagi memperolehi keputusan cemerlang. Prestasi anda akan diberi ganjaran pada Hari Anugerah Cemerlang 2010 nanti.
PK Pentadbiran.