Thursday, September 30, 2010

HARI GANTI PERSEKOLAHAN
9 OKTOBER 2010 (SABTU)
Hari persekolahan tersebut bagi mengantikan cuti hari raya (Selasa). Kehadiran murid adalah wajib. Terima kasih.
MERENTAS DESA & HARI KANAK-KANAK
17 OKTOBER 2010 (SABTU)
Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan menganjur acara tersebut. Pelbagai acara menarik disediakan termasuk menu McDonald, larian merentas taman, sukaneka dan sebagainya.
Semua murid dan guru diwajibkan hadir.

Tuesday, September 28, 2010


JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
24 SEPTEMBER 2010 JUMAAT
Khas buat guru serta staf SKTM, anda dijemput memeriahkan jamuan tersebut pada jam 10 pagi di Bilik Seni. Pelbagai juadah raya disediakan termasuklah sate, rendang, lemang, ketupat serta nasi ayam merah, buah-buahan dan kuih raya. Pakailah baju raya terkini.
Anjuran Kelab Guru dan Staf.

KENALI STAF SEKOLAH INI

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Monday, September 27, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 'JOM SANTAI 2'
LOST WORLD OF TAMBUN
Khusus untuk murid tahun 6 sahaja. Penyertaan terhad kepada 40 peserta terawal. Rujuk semula surat daripada pihak sekolah.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 'JOM SANTAI 1'
6-7 OKTOBER 2010 (MELAKA DAN KL)
Murid-murid Tahun 6 yang berminat bolehlah menghubungi Cikgu Noor'in PKHEM untuk mandapat maklumat berkaitan bayaran dan syarat penyertaan. Kaedah penerimaan siapa cepat dia dapat.
KEM BESTARI SOLAT
1 - 2 OKTOBER 2010
Semua murid muslim Tahun 6 diwajibkan hadir. Pelbagai aktiviti dirancang termasuk bermalam di sekolah.
Rujuk surat edaran daripada Ustaz Mukhtar.

Thursday, September 23, 2010

SALAM PERPISAHAN & SEMOGA MAJU JAYA
24 September 2010
Warga SKTM merakamkan jutaan terima kasih khas buat guru praktikum sesi 2010 iaitu Puan Nur Syuhaila dan Nur Syaznie dari IPG Tuanku Bainun Kampus Bukit Mertajam. Teruskan usaha murni puan mendidik anak bangsa. Guru Pembina Negara Bangsa.

Monday, September 20, 2010

CUTI REHAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2010
Kepada semua waris, harap pihak tuan puan mengambil tindakan sewajarnya. Kerjasama dan keperihatinan kalian amat dihargai.
21/9/2010 - Tahun 1, 2 dan 3.
22/9/2010 - Tahun 3 dan 4.
23/9/2010 - Tahun 1, 2 dan 5.
Tarikh-tarikh tersebut adalah hari cuti bagi murid yang tertera.
PEPERIKSAAN UPSR 2010
21-23 SEPTEMBER 2010
Semua calon UPSR dikehendaki hadir pada tarikh tersebut. Sediakan alat tulis seperti pensel 2B, pemadam bermutu, pengasah pensel serta pembaris secukupnya. Datanglah awal, patuhi arahan guru anda serta mohonlah restu ayahanda dan bonda apabila keluar ke sekolah.
Selamat Maju Jaya. PK Pentadbiran.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Semua warga SKTM mengucapkan Salam Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat, yang jauh mahupun dekat dengan ucapan maaf zahir dan batin.
MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN SOLAT HAJAT UPSR
17 SEPTEMBER 2010 JUMAAT
Semua guru, waris serta calon UPSR dikehendaki hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Kehadiran anda amat penting untuk kita sama-sama memanjatkan keredhaan Illahi.
7.00 petang - Pendaftaran.
7.20 malam - Solat Maghrib, bacaan Yaasin dan Tahlil.
8.50 malam - Solat Isyak dan Solat Hajat.
9.30 malam - Jamuan makan malam.