Saturday, May 29, 2010

PERGERAKAN GURU DALAM SEMINGGU
12-16 JULAI 2010
1. Ustazah Wan Nor Aini - Cuti Bersalin
2. Tuan Hj Mohd Shahidi - Mesyuarat Matematik Langkawi
3. Encik Faizal - Pentaksir PLBS Bahasa Melayu UPSR
4. Encik Goh Tick Koon - Mesyuarat MGB/Persaraan Tuan Hj Hamid JPN
5. Encik Jamalluddin Ismail - Pentaksir PLBS Bahasa Melayu UPSR


Friday, May 28, 2010




PERKAMPUNGAN ILMU UPSR
5 HINGGA 6 JUN 2010 (SABTU)
Perhatian kepada semua calon UPSR dan waris, pihak sekolah telah mengadakan Bengkel Menjawab Soalan UPSR mengikut skima peperiksaan pada tarik tersebut bermula jam 8 pagi. Kehadiran murid adalah wajib. Sebarang ketidakhadiran penuh murid tidak melayakkannya mendapat sijil kehadiran. Terima kasih kepada pihak PIBG dan guru kerana sumbangan dan khidmat anda ke arah pembangunan pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Info Guru Kaunselor Puan Noramal Zainal. Semoga berjaya!!!!

Monday, May 17, 2010



MAJLIS ANUGERAH NILAM 1
17 MEI 2010
Majlis tersebut diadakan pada pukul 7.45 pagi. Hadiah diberikan kepada murid dan guru yang berjaya mengikut kategori tertentu seperti bilangan buku terbanyak, peminjam terbanyak serta penggunaan PSS terbanyak. Majlis itu dikelola oleh Puan Norhayati Guru PSS.

SAMBUTAN HARI GURU
21 MEI 2010 (JUMAAT)
Sambutan tersebut telah diadakan pada tarikh yang ditetapkan. Pelbagai acara menarik seperti perhimpunan pagi, deklamasi sajak oleh Cikgu Shukor, acara memotong kek, menandatangani kad ucapan, sukaneka dan pertandingan mewarna. Semua murid dan guru terlibat.

PEPERIKSAAN PKSR 1
18-20 MEI 2010
Sukacita dimaklumkan peperiksaan tersebut melibatkan semua murid tahun1 hingga 6. Diharap semua waris memberi perhatian dan dorongan kepada anak-anak supaya lebih bersedia. Kejayaan anda harapan semua.

Wednesday, May 12, 2010



CERAMAH PERTOLONGAN CEMAS DAN KEBOMBAAN
12 MEI 2010
Ceramah tersebut disampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Jawi bermula 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua guru dan murid tahap 2 turut terlibat yang diadakan di dewan sekolah.