Tuesday, April 27, 2010



MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA
15 MEI 2010 SABTU 08.00 PAGI
Majlis ini diadakan atas seruan dan saranan Jabatan Pelajaran Negeri supaya pihak sekolah khususnya guru terlibat dalam aktiviti membersih, menceriakan serta mengemas kini sekolah. Semua guru diwajibkan hadir. Jamuan disediakan. Harap maklum.

Monday, April 26, 2010

KEM SOLAT BESTARI 2010
3-4 MEI 2010 (2 PTG- 5 PTG)
Kem tersebut diadakan bertujuan memberi pendedahan berkaitan cara-cara mengerjakan sembahyang dengan betul. Semua murid Islam terlibat. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan waris dengan kerjasama yang diberikan.
Anjuran Panitia Agama Islam

Friday, April 23, 2010

HARI GANTI PERSEKOLAHAN
24 APRIL 2010 SABTU
Dimaklumkan bahawa pada tarikh tersebut adalah hari persekolahan mengikut jadual hari Isnin. Oleh itu kehadiran ke sekolah adalah wajib. Sila rujuk surat yang diedarkan melalui anak tuan puan. PK Pentadbiran.