Friday, February 26, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM
12 MEI 2010 ( PERMAINAN DAN PERSATUAN )
Semua murid tahap 2 diwajibkan hadir bermula jam 2 petang hingga 4 patang. Guru penasihat akan mengambil kedatangan serta menjalankan aktiviti berkaitan dengan unit beruniform. Keperihatinan para waris amatlah dihargai. Penyertaan akan wajib berdasarkan arahan KPM.

Thursday, February 25, 2010

UCAPAN TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Khas Buat Cikgu Gayah dan Keluarga
Al-Fatihah...dengan kembalinya Allahyarham suami tercinta menemui Illahi pada 22 Februari. Kami warga sktm turut bersimpati dan mengharapkan cikgu bersabar dan berdoa menempuh hari-hari mendatang. Kami juga sentiasa berdoa agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
PEPERIKSAAN PRA PKSR 1
23-25 FEBRUARI 2010
Khas buat semua murid SKTM, peperiksaan ini amat penting bagi menilai kemampuan serta kebolehan anda menguasai pelajaran. Gandakan ulangkaji, latihan serta jangan hampakan harapan ibu bapa. Pesanan daripada PK Encik Abdul Shukor.
KITA JUARA...ZON NIBONG TEBAL
PERTANDINGAN BOLA SEPAK B12 TAHUN
19 FEBRUARI 2010
Tahniah buat Cikgu Roslan jurulatih serta para pemain sekolah. Kita telah berjaya merangkul juara zon ini dengan mengalahkan SK Sungai Duri dalam pertandingan akhir di SK Seri Tasek. Satu rekod baru bagi sekolah kita...syabas.


PEMANTAPAN KEPIMPINAN DAN SAHSIAH
PENGAWAS SEKOLAH DAN PSS
18 FEBRUARI 2010
Ceramah ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling diketuai oleh Puan Noramal Guru Bimbingan dibantu Guru PSS Puan Norhayati serta semua guru. Ceramah disampaikan oleh Ustaz An-Nur.

Wednesday, February 24, 2010


TAHNIAH DAN SYABAS
PENGANUGERAHAN TAWARAN BARU GURU BESAR 2010 NKRA
Di atas pencapaian cemerlang UPSR 2010 pada paras hampir 80% dan seramai 13 orang pelajar mendapat 5A daripada 89 calon, sekolah ini telah diikhtiraf dan disahkan dengan dianugerahkan PENCAPAIAN LONJAKKAN PRESTASI TERBAIK yang akan disampaikan oleh YAB TPM merangkap Menteri Pelajaran. Sekalung Tahniah dan Syabas buat warga SKTM, pentadbir, guru, PIBG, waris serta pelajar.

Friday, February 12, 2010

KELAS BIMBINGAN ZAKAT
SABTU 13 FEBRUARI 2010
Kelas ini ditunda buat sementara waktu bagi memberi laluan sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Sila hubungi Puan Noorazlina Jamaluddin Guru Penyelaras jika terdapat sebarang pertanyaan. Harap maklum.
HARI ORENTASI PSS TAHUN 1
9 FEBRUARI 2010
Acara ini dirancang oleh Puan Norhayati Guru PSS. Antara tempat yang dilawati ialah PSS, Bilik Audio, Bilik SAL, Bilik PAK, Bilik P & P PPSMI dan Makmal Komputer. Murid telah diajar dan diterangkan peraturan serta kegunaan bilik-bilik tersebut.



Tuesday, February 09, 2010


SEMINAR BIJAK BELAJAR UPSR
21 FEBRUARI 2010 (AHAD)
Majlis ini dianjurkan oleh PIBG khusus untuk semua murid tahun 6 serta ibu bapa SKTM bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di dewan sekolah. Penceramah jemputan oleh Yang Berusaha Dr. Shukri Abdullah Pakar Motivasi Terkenal. Semua guru, waris serta murid terlibat dijemput hadir.

MAJLIS PERASMIAN NILAM 2010
8 FEBRUARI JAM 745 PAGI
Majlis ini berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Hadiah utama berupa sebuah basikal. Guru PSS Puan Norhayati akan terus merancang menarik minat murid untuk terus membaca. Syabas.




BACAAN IKRAR DAN AKUJANJI PENGAWAS
8 FEBRUARI 2010
Majlis tersebut diadakan pada waktu pagi di dataran perhimpunan dikelolakan oleh Guru Pengawas Puan Rasidah Rashid. Acara itu diketuai oleh Tun Akif dari 6 Perdana iaitu Ketua Pengawas sesi 2010. Syabas dan selamat bertugas.