Tuesday, January 12, 2010

PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6
15 JANUARI 2010 (JUMAAT) 08.15 PAGI
Satu perjumpaan waris tahun 6 bersama guru sekolah dan PIBG akan diadakan pada tarikh dan masa tersebut. Tujuan utama aktiviti ini untuk memperjelaskan kepada waris tentang arah tujuan, aktiviti tahunan serta komitmen pihak sekolah dan PIBG dalam membantu murid mencapai UPSR yang cemerlang. Selain itu, ikrar dan akujanji murid diadakan di hadapan ibu bapa masing-masing. Guru Kaunseling.
KELAS TAMBAHAN TAHUN 6
Kelas Tambahan anjuran PIBG akan bermula pada 18 Januari 2010. Kelas ini akan diadakan pada hari Isnin hingga Khamis setiap minggu bermula jam 1.45 petang hingga 3.15 petang. Kehadiran adalah wajib. Sila lihat menu muat turun untuk jadual. Terima kasih.

Tuesday, January 05, 2010

PENDAFTARAN KELAS KAFA 2010
Semua murid Islam dipelawa menyertai kelas KAFA di sekolah ini pada waktu petang bermula jam 2.30 hingga 5.30 setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Tuan puan bolehlah mendaftar anak jagaan tuan/puan kepada Ustaz Hj Mukhtar Abdullah.

Monday, January 04, 2010

PERTUKARAN USTAZ AHMAD ZABIDI
Dari SKTM ke SK Sungai Setar
Pihak sekolah, Kelab Guru dan staf, PIBG dan murid-murid sekolah ini ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada ustaz yang dikasihi. Sesungguhnya kehilangan ustaz amat kami rasai terutama gurauan, gelak tawa dan ilmu yang dicurahkan. Kami juga memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap.