Wednesday, November 25, 2009

PERTUKARAN GURU SESI 2010
SKTM KE SK SUNGAI PUYU
Terima kasih buat Cikgu Siti Zabaniah kerana sumbangan cikgu selama berada di SKTM. Kami mendoakan agar cikgu terus berjaya menabur bakti kepada anak nusa dan kami warga SKTM menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika berlaku apa-apa yang tidak menyenangkan hati cikgu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
AKTIVITI PERSEKOLAHAN SESI 2010
Perhatian kepada semua guru dan staf SKTM, tuan puan dikehendaki hadir untuk bekerja semula selepas bercuti panjang bermula 22 Disember 2009 Selasa jam 8.00 pagi sehingga sekolah dibuka.
i. Mesyuarat Guru 22 Disember 2009
ii. Mesyuarat Kurikulum, Kokurilkulum dan HEM 23 Disember 2009
iii. Mesyuarat PSS 24 Disember 2009
iv. Mesyuarat Panitia-Panitia 28-29 Disember 2009
v. Kemaskini bilik darjah, billik khas dan fail 30-31 Disember 2009
vi. Orientasi Tahun 1 2 Januari 2010
vii. Orientasi Prasekolah 1 Januari 2010
***tertakluk kepada pindaan semasa

Friday, November 20, 2009

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH PENGGAL AKHIR
Pihak sekolah dan PIBG ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid dan guru sekolah ini. Sepanjang musim cuti jagalah keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga. Kepada murid tahun 6, tahniah dan syabas kerana berjaya mendapatkan kecemerlangan dalam UPSR dan bersedialah untuk menempuhi alam sekolah menengah.
Selamat Bercuti...jangan lupa buat ulangkaji.
PEMBELIAN BUKU & BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN 2010
Semua waris dan ibu bapa bolehlah membeli dan membayar perbelanjaan persekolahan tahun hadapan mulai 28 hingga 31 Disember 2009 bertempat di Kedai Buku PIBG pada jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Sila lihat ruangan muat turun bahan untuk mendapatkan senarai harga.
Sekian, terima kasih. PIBG
HARI ANUGERAH KAFA
21 NOVEMBER 2009 (SABTU 8.30 pagi)
Sambutan Hari Anugerah KAFA akan diadakan pada tarikh tersebut bertempat di dewan SKTM. Pelbagai anugerah disediakan untuk murid-murid yang berjaya berupa sijil dan piala. Selain itu, macam-macam persembahan murid disaljikan untuk para hadirin. Semua waris muslim dijemput hadir.

Thursday, November 19, 2009

KEPUTUSAN UPSR 2009
Jumlah 5A - 6 orang
Nur Qurratu Iman Muhd Rusli
Muhd Aizzuddin Mustaffa Kamal
Yohaveeten
Amirah Ibrahim
Nurul Syafiqah Sharuddin
Suganeswari
Jumlah 4A - 9 orang

Monday, November 16, 2009


ANUGERAH KUNCI EMAS PRA SEKOLAH 2009
TAHNIAH DAN SYABAS
Sekolah ini telah berjaya merangkul anugerah peringkat negeri buat kali keempat berturut-turut. Sesungguhnya kejayaan ini adalah milik kita semua. Segunung penghargaan buat Cikgu Che Yah, Cikgu Rahifah, Puan Rozita dan Puan Nurul kerana komitmen anda semua.
JAMUAN AKHIR TAHUN 2009
19 NOVEMBER (12.30 tgh)
Jamuan ini diadakan khas buat semua pengawas sekolah dan murid tahun 6 sesi 2009 sebagai menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anda semua. Bagi murid tahun 6, pengalaman sepanjang 6 tahun berada di sekolah ini menjadi kenangan manis yang sentiasa diingati. Semua guru dijemput hadir.

Sunday, November 15, 2009

PERMOHONAN MRSM 2010
Kemasukan ke MRSM akan dibuka selepas pengumuman UPSR 2009, semua calon boleh membuat permohanan secara online http://www.mara.gov.my dengan memdapatkan nombor pin di pejabat Mara berdekatan.
Syarat kelayakan :
1. Mestilah 5A.
2. Salinan surat lahir yang disahkan.
3. Salinan slip peperiksaan UPSR yang disahkan.
Tarikh tutup 30 November.

Saturday, November 14, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009
MURID-MURID YANG DIUMUMKAN SEBAGAI TOKOH-TOKOH UTAMA

'Tokoh Murid Gemilang 2009'
Seorang yang cemerlang dari segi akademik terbaik 5A, kurikulum, sahsiah, kepimpinan, budi bahasa dan ketokohan serta keperibadian.

Nur Qurratu Iman Binti Muhd Rusli

'Tokoh Kukurikulum 2009'
Pencapaian kelulusan akademik yang stabil 5A.

Muhammad Aizzuddin Bin Mustaffa Kamal

'Tokoh Kokurikulum 2009'
Mewakili sekolah, daerah serta negeri dalam acara balapan dan padang. Beliau juga diumumkan sebagai Tokoh Nilam 2009 dengan memenangi sebuah basikal tajaan PIBG.

Amirah Binti Ibrahim
Para penerima menerima sijil, plak dan selendang bestari.
*gambar akan dilayar pada masa terdekat

BUDAYA TUTUP SEKOLAH 2009
Khas buat semua guru dan staf, buat tindakan segera sebelum cuti akhir penggal ;
1. Hantar dan siapkan Rekod Rancangan Mengajar.
2. Lengkapkan dan hantar buku Budaya Tutup Sekolah.
3. Serahkan kunci-kunci bilik khas ke pejabat.
4. Serah dan hantar laptop/peralatan ICT.
5. Lengkapkan Laporan Penilaian Prestasi.
6. Serahkan kembali buku-buku tulis dan kerja kepada murid.
7. Kemaskan bilik guru dan bilik khas.
8. Kemaskini buku-buku stok.
9. Kemaskini fail-fail panitia dan berkaitan.
10. Kemas dan bersihkan kelas serta bilik khas.
11. Tuliskan nombor telefon dan destinasi percutian di pejabat.
MURID CEMERLANG 5A 2008
Tahniah dan syabas kepada bekas-bekas murid SKTM. Mereka telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Pada Hari Anugerah Cemerlang, mereka menerima sumbangan baucer RM100 seorang berserta sijil penghargaan daripada PIBG dan sekolah.
1. Nur Firra Adilla Binti Roslan
2. Anis Najihah Binti Azhari
3. Muhd Yazid Bin Zamzuri
4. Precin a/l Kalisalvan
5. Shadishwaran a/l Parameswaran
LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK TAHUN 6
16 November (Isnin)
Aktiviti ini dianjurkan secara bersama antara Jawatankuasa Gerak Gempur UPSR dan Biro Pendidikan PIBG. Jadual lawatan seperti berikut ;
07.15 am - berkumpul di sekolah
07.30 am - sarapan pagi di kantin sekolah
09.15 am - lawatan ilmiah ke perpustakaan USM
11.15 am - Muzium Perang Batu Maung
01.15 am - Pusat Akuarium (makan tgh & solat)
03.00 pm - Taman Belia Negeri (Sukaneka, minum ptg & solat)
05.30 pm - Padang Kota Lama (riadah berkumpulan)
06.30 pm - tiba di sekolah
Seramai 75 murid dan 14 guru
KEPUTUSAN RASMI UPSR 2009
19 NOVEMBER (Khamis 10 pagi)
Makluman kepada semua calon UPSR dan waris, peperiksaan akan diumumkan pada tarikh dan masa di atas oleh Tuan Guru Besar. Tuan puan bolehlah mendapatkan keputusan di pejabat.

Friday, November 13, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB GURU DAN STAF
14 NOVEMBER 2009 (SABTU 2 PETANG)
Jamuan makan tengah hari akan dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf dengan sokongan oleh Pentadbir Sekolah di Pearl View Hotel.Tujuan utama untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru dan staf sepanjang 2009. Turut diberi cenderahati dan cabutan nombor bertuah. Terima kasih kerana hadir. Pengerusi Kelab Guru dan Staf.

Monday, November 02, 2009

PEMULANGAN BUKU TEKS 2009
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengumpul buku teks seperti berikut ;
TAHUN 1 dan 2 - ISNIN 2 NOVEMBER
TAHUN 3 dan 4 - SELASA 3 NOVEMBER
TAHUN 5 dan 6 - RABU 4 NOVEMBER
Sekiranya terdapat buku pinjaman yang rosak atau hilang, pihak tuan puan dikehendaki mengantikan semula sama ada buku baru atau bayaran yang ditetapkan oleh kementerian.
* Buku teks sesi 2010 akan diedarkan kepada semua murid sebelum cuti sekolah kecuali tahun 6. Harap maklum. PK Hal Ehwal Murid.