Wednesday, October 28, 2009


LAWATAN RIMUP 2009
28 OKTOBER (8 PAGI - 6 PETANG)
Seramai 40 orang murid tahun 6 terlibat menyertai lawatan sambil belajar ke Taiping bersama 3 buah sekolah lain SJKC Keng Koon, SJKC Boon Beng dan SK Bukit Tambun.
HARI ANUGERAH CEMERLANG
14 NOVEMBER (SABTU 8 PAGI)
Majlis diadakan untuk mengiktiraf pencapaian akademik dan kokurikulum murid sepanjang tahun 2009 dengan memberi hadiah dan sijil. Selain itu, pelbagai persembahan bakat murid juga dipertontonkan. Isnin 16 November cuti.

HARI KANAK-KANAK DAN MERENTAS DESA
06 NOVEMBER (JUMAAT 7.30 PAGI)
Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya Larian Tahun 3, 4, 5 dan 6, peserta jemputan dari sekolah berhampiran, pertandingan mewarna Pra, Tahun 1 dan 2. Jamuan ayam goreng disediakan oleh PIBG.

CERAMAH AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
04 NOVEMBER 2009
RABU (2 PETANG)
Satu ceramah berkaitan penyalahgunaan dadah akan diadakan seperti tersebut dengan kerjasama PIBG. Aktiviti ini hanya melibatkan murid tahun 5 dan 6 sahaja. Jamuan juga disediakan. Kehadiran murid dan guru adalah wajib.

Wednesday, October 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI
17 OKTOBER 2009
Sempena menyambut perayaan ini, semua warga SKTM mengucapkan Salam Deepavali kepada guru, PIBG serta murid yang beragama Hindu. Semoga hari yang baik ini bakal mengeratkan lagi hubungan kita.
Cuti Khas pada 16 Oktober Jumaat.

Monday, October 12, 2009


PEPERIKSAAN PKSR 2
Peperiksaan akhir tahun akan diadakan pada 27 hingga 29 Oktober ini. Diharap semua murid dapat memberi tumpuan dengan mengulangkaji pelajaran. Keputusan ini akan dihitung bagi menentukan kedudukan kelas 2010 dan juga penerimaan hadiah pencapaian akademik semasa Hari Anugerah Cemerlang.
PK Pentadbiran Encik Abdul Shukor Embi

Tuesday, October 06, 2009


SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN
12 OKTOBER 2009
Berdasarkan surat siaran KPM, Panitia Bahasa Melayu akan mengadakan serta melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik sedia menanti murid-murid. Sama-samalah kita mendokong bahasa kita bahasa perpaduan.
Terima kasih, Panitia Bahasa Melayu
TAWARAN KENAIKAN PANGKAT SECARA HAKIKI
Khas buat semua guru bukan siswazah tuan puan dipelawa oleh KPM untuk memohon kenaikan pangkat DGA29 ke DGA32, DGA32 ke DGA34 dan DGA34 ke DGA38. Sebarang pertanyaan dan borang bolehlah menghubungi Puan Suria atau layari web http://www.moe.gov.my/ terima kasih.
PERMOHONAN PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH 2009
5 hingga 25 OKTOBER 2009
Khas buat semua guru sekolah rendah yang belum memiliki ijazah pertama, tuan puan bolehlah menyambung pelajaran dengan memohon program tersebut. Klik http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohonpgsr/ Semoga berjaya, terima kasih.
UCAPAN PENGHARGAAN KARNIVAL ICT SEKOLAH
TAHNIAH BUAT PIBG, GURU DAN MURID
Tahniah buat pihak penganjur TM, SKMM, JPN dan PIBG yang telah berjaya mengadakan Karnival dengan jaya dan meriah sekali. Semoga aktiviti seperti ini akan terus diadakan di sekolah ini. Jasa dan bakti pihak tuan amatlah dihargai. Berikut keputusan pertandingan yang disertai.
Battle Of The Brain-Juara, ICT Reporter-Naib Juara, Futsal 3 On 3-Ketiga,Netball 3 On 3-Keempat
TAHNIAH DAN SYABAS...SKTM BOLEH!!! (banyak lagi gambar akan disiarkan)




PENGEMASKINIAN DATA MURID SMM VERSI 4
Mulai Oktober 2009, KPM hanya akan menggunakan sistem baru SMM versi 4 yang mengabungkan SMM dan BMM. Oleh itu, terdapat maklumat-maklumat baru dan terkini perlu diisi oleh guru kelas. Kerjasama dan keperihatinan pihak waris amat diharapkan. Kekurangan maklumat akan memberi kesan terhadap segala bentuk bantuan kerajaan.
CERAMAH PENDERAAN SEKSUAL
08 OKTOBER 2009
DI DEWAN SEKOLAH
Satu ceramah berkaitan tajuk tersebut akan diadakan untuk murid-murid tahun 6. Objektif utama bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang gegaja penderaan seksual apabila memasuki usia yang lebih dewasa khususnya ketika belajar di sekolah menengah. Aktiviti ini dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah bimbingan Puan Noramal Zainal.
HALA TUJU SELEPAS UPSR
01 OKTOBER 2009
DI DEWAN SEKOLAH

Satu ceramah telah diadakan khas untuk calon-calon UPSR berkaitan tindakan selepas peperiksaan terutama persediaan melangkah ke alam sekolah menengah. Aktiviti tersebut telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah kelolaan Puan Noramal Zainal Guru Bimbingan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya.

Thursday, October 01, 2009

MAJLIS IFTAR RAMADAN
17 SEPTEMBER 2009 (KHAMIS)
06.30 petang di Surau SK Taman Merak
Panitia Agama Islam dengan kerjasama PIBG akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadan. Oleh itu, semua guru, waris dan murid Muslim dijemput hadir. Sebanyak RM5 dikenakan untuk seorang. Atur cara majlis bacaan Yassin, khatam Quran, berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat terawih. Marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan mulia ini.