Sunday, September 27, 2009

KARNIVAL ICT SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2009

Dibawa khas oleh Syarikat TM & Suruhanjaya Komunikasi Multimedia(SKMM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan JPN.
04 OKTOBER 2009 di Perkarangan SK Taman Merak
Semua Warga SPS dijemput hadir...
Syukur dan terima kasih kerana sekolah ini telah terpilih oleh syarikat TM untuk mengadakan Karnival TM. Oleh itu, PIBG dan pihak sekolah dengan kebenaran JPN akan mengadakan karnival tersebut pada tarikh dan tempat di atas. Pelbagai acara menarik disediakan termasuk pameran TM dan jualan syarikat komunikasi dan ict, pameran jabatan kerajaan dan swasta, jualan gerai, cabutan bertuah, gerai buku, belon raksasa, derma darah, pemeriksaan kesihatan, kaunter bank BSN, Bank Rakyat, PTPTN, pameran dan tunjuk ajar mencegah kebakaran pihak bomba dan lain-lain lagi. Acara untuk semua Playland, Futsal 3 On 3, Netball 3 On 3, ICT Reporter, Battle Of the Brains, mewarna dan puzzle. Hadiah RM500 untuk johan, trofi dan sijil serta TM Bag Kids.

PLAYLAND PERCUMA dan nantikan kehadiran Upin & Ipin

'Mai jangan tak mai...rugi macam-macam ada'

SALAM PERPISAHAN & JUTAAN TERIMA KASIH
Khas Buat Guru Praktikum IPG Tuanku Bainun
Cikgu Badrul, Cikgu Fendi, Cikgu Zainuddin dan Cikgu Wan
Kami warga SKTM akan sentiasa merindui kelibat dan gelak tawa tuan-tuan. Jasa dan pengorbanan anda amat kami hargai. Semoga anda menjadi guru yang berdedikasi...tuntutlah pengalaman ketika muda walaupun di Sabah dan Sarawak. Gambar akan disiar kemudian.

Wednesday, September 16, 2009

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
18 SEPTEMBER 2009 (JUMAAT)
Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan sekolah telah bersetuju mengambil cuti berganti yang dibenarkan oleh KPM pada tarikh tersebut. Hari berganti akan diberitahu kelak. Oleh itu, tuan puan diminta ambil perhatian. Selamat Hari Raya.
Guru Besar SK Taman Merak
MINGGU BAHASA ARAB & IHYA' RAMADAN
14-17 SEPTEMBER 2009
Anjuran Panitia Bahasa Arab
Objektif utama ialah menanam minat murid untuk menguasai bahasa Arab melalui aktiviti bercorak pertandingan, persembahan, penyertaan individu dan kumpulan. Antaranya pertandingan membaca teks bahasa Arab.
Sebarang pertanyaan hubungi Ustazah Norazlina binti Ali

Friday, September 04, 2009

CUTI REHAT SEMPENA PEPERIKSAAN UPSR 2009
Pihak sekolah membenarkan murid-murid yang terlibat untuk bercuti sementara kerana terdapat kelas yang terlibat digunakan sebagai dewan peperiksaan.
Berikut jadual cuti rehat ;
8 September : Semua murid Tahun 1, 2 dan 5 sahaja.
9 September : Semua murid Tahun 3 dan 2.
10 September : Semua murid Tahun 2, 4 dan 5.
Harap maklum.

Tuesday, September 01, 2009

PERTUKARAN GURU SESI 2010
Sistem pertukaran guru antara negeri, antara daerah atau dalam daerah hendaklah menggunakan sistem online di alamat berikut atau klik terus http://apps.emoe.gov.my/epgo/ mulai 01 hingga 30 September 2009. Pertukaran ini hanya melibatkan guru akademik sahaja bukan pentadbir.