Monday, August 31, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saya Bangga

Menjadi Anak Malaysia

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 52
1Malaysia:Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
Sampaikan ucapan anda sempena Hari Kebangsaan di ruangan mesej yang disediakan.
Kami warga SKTM dengan ini berikrar dan berjanji akan mendukung 5 prinsip rukunegara.
Syabas dan tahniah Malaysia tanah airku.

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK
Warga SKTM ingin mengucapkan selamat beribadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat semoga tambahkan amalan di bulan mulia ini. Kepada anak murid patuhilah ayahbonda yang melahir dan menjaga anda. Kuat azam tekadkan iltizam teruskan usaha demi agama.
Bulan Ramadan Bulan Mulia. Selamat bercuti.
TERIMA KASIH GURU PRAKTIKUM IPGPPP
CIKGU ANIS, CIKGU ALAWIYAH, CIKGU FAUZIAH DAN CIKGU ENG
21 OGOS 2009
Majlis perpisahan guru praktikum dari Institut Penguruan Persekutuan Pulau Pinang. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas bantuan, komitmen serta tanggungjawab kalian ketika menjalani latihan mengajar. Kami memohon kemaafan jika terdapat kekurangan, permasalahan serta tutur bicara sama ada daripada pentadbir, guru dan juga murid. Sesungguhnya kehadiran kalian menyerikan lagi keindahan merak yang sememangnya cantik. Semoga kalian akan menjadi pendidik yang berdedikasi, kalian layak bergelar pendidik. Begitu juga kepada pensyarah, didikan tuan amatlah kami hormati dan sanjungi.
Guru Besar dan semua warga SKTM.

Cenderamata kepada pihak sekolah. Jasamu dikenang.

Kalian memang kreatif dan bersemangat.
Turut kelihatan guru praktikum IPGTB dan Cikgu Latif.

Jamuan sate free memang sedap, Dihidang pula si cantik bergaya,
Gelak tawa usik-usik jadi penyedap, Doa kami agar kalian berjaya.
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
21 OGOS 2009
Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan di dataran perhimpunan pada waktu pagi. Acara ini dirasmikan oleh PK Pentadbiran mewakili tuan guru besar. Pelbagai acara menarik diadakan seperti deklamasi sajak oleh Encik Abdul Shukor yang diciptanya sendiri Rumah Merdeka bersama Ustaz Ahmad Zabidi, nyanyian lagu patriotik, bacaan ikrar rukunegara, pertandingan melukis, kuiz merdeka dan lain-lain.



MAJLIS BACAAN YA'SIN DAN SOLAT HAJAT UPSR
19 OGOS 2009
Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya. Semua guru, wakil PIBG, calon UPSR serta ibu bapa turut hadir. Semoga usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah swt. Terima kasih semua.


KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 DAN SKIM BAUCER TUISYEN
24-25 DAN 27-28 OGOS 2009
Perhatian kepada semua murid dan waris yang terlibat, program tersebut akan dijalankan seperti yang dilampirkan melalui jadual kepada murid. Oleh itu, semua murid diwajibkan hadir. Etika pakaian-sukan atau sekolah sahaja.
Muat turun jadual di sebelah.
Abdul Shukor Embi PK Pentadbiran

Monday, August 17, 2009

MAJLIS BACAAN YA'SIN DAN SOLAT HAJAT UPSR
19 Ogos 2009 (Rabu) 1.30 petang
Kepada semua warga SKTM terutama calon UPSR, majlis tersebut bakal diadakan pada tarikh tersebut. Semua calon dan waris tahun 6 dijemput hadir. Sesungguhnya kita memohon restu dan keredhaan daripada Allah swt bagi menyakinkan calon menjawab soalan UPSR.

Sunday, August 16, 2009

MINGGU EKSPRES UPSR 2009
17-21 Ogos (Isnin-Jumaat)
Untuk makluman semua calon UPSR, pihak jawatankuasa Gerak Gempur UPSR akan mengadakan Minggu Ekspres iaitu menjawab kertas percubaan negeri-negeri pilihan. Oleh itu diharap semua calon bersedia bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehan menjawab soalan dengan betul sebagai persediaan menghadapi UPSR sebenar.
'Senyuman Anda Kebahagiaan Keluarga, Tangisan Anda Kekecewaan Ayah Bonda'
PK Pentadbiran.
ANUGERAH NILAM KALI KE 2
Penganugerahan Tokoh Nilam telah berlangsung dengan jayanya. Tuan Guru Besar telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid yang telah dipilih oleh jawatankuasa PSS diketuai oleh Puan Norhayati Siron Penyelaras PSS.


Murid sedang menyanyikan lagu tema NILAM. Guru dan murid terlibat menjayakan aktiviti penganugerahan NILAM.

Hadiah dan sijil penghargaan NILAM.
Tuan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang.

Tahniah dan syabas!!!
PENGEDARAN KAD PRESTASI PRA UPSR 2
Khas buat para waris, semua murid telah diserahkan kad tersebut untuk disemak, dinilai serta ditandatangani oleh pihak tuan/puan bermula 14 Ogos. Oleh itu diharap pihak tuan/puan dapat menyerahkan semula kad tersebut kepada guru kelas untuk simpanan fail peribadi murid.
Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan/puan amatlah dihargai.
PK Pentadbiran Encik Abdul Shukor Embi.
GERAK GEMPUR RAKAN PEMBACA
12-13 OGOS 2009
ANJURAN PKG SUNGAI BAKAP DAN PERPUSTAKAAN JAWI
Seramai 4 orang murid sekolah ini telah terpilih menyertai program tersebut yang diketuai oleh Puan Norhayati Siron Penyelaras PSS. Tahniah dan syabas!!!


Puan Norhayati telah dilantik sebagai salah seorang fasilitator sedang menjalankan tugas dan tanggungjawab begitu tekun. Terlihat salah seorang murid SKTM bekerjasama secara kumpulan dengan sekolah lain.

KEPUTUSAN PERCUBAAN UPSR 2009
Secara tidak rasmi keputusan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Peperiksaan sekolah bahawa jumlah calon yang berjaya seperti berikut ;
Calon 5A ialah 8 orang
Calon 4A ialah 6 orang
Calon 3A ialah 6 orang
Untuk keputusan rasmi sila rujuk kad prestasi yang telah diedarkan atau rujuk memo peperiksaan di ruang lobi sekolah. Gambar murid yang berjaya akan dipaparkan nanti. Tahniah.
Ingat...anda perlu berusaha lagi...masa tidak menunggu kita.
SKTM Yakin Boleh!!!
DEMAM RAJA BUAH 2009
Jamuan makan durian dan buah-buahan tempatan telah diadakan untuk semua staf SKTM anjuran Kelab Guru dan Kakitangan. Pelbagai jenis hidangan yang berorientasi raja buah telah dijamu. PIBG juga turut dijemput. Terima kasih semua.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009
Program tahunan ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Seorang penceramah agama dijemput hadir bagi menyerikan majlis mulia tersebut.

MOTIVASI PENJIMATAN TENAGA
Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama PIBG. Aktiviti dikelolakan oleh Pertubuhan Sukarela SWITCH di dewan sekolah.

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ 2009
Anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam

Beberapa aktiviti yang telah berjaya dijalankan.

Saturday, August 15, 2009

KARNIVAL KURIKULUM KELOMPOK R20
Warga SKTM telah pun menyertai karnival ini dan ada antara peserta yang telah berjaya merangkul hadiah. Tahniah buat murid dan guru.