Thursday, July 23, 2009

MESYUARAT JKKS KALI-3 2009
29 JULAI 2009 (RABU)1.30 PETANG
Perhatian kepada semua guru, mesyuarat JKKS akan diadakan pada tarikh dan masa di atas. Kehadiran adalah wajib. Minit dan agenda mesyuarat akan diedarkan kemudian.
Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan hubungi Setiausaha Puan Norhayati Siron.

Tuesday, July 21, 2009

PEPERIKSAAN PRA PKSR 2
28-30 JULAI 2009
Perhatian kepada semua murid, kuatkan azam, lebihkan ulangkaji dan gigih berusaha.
Jadual peperiksan telah diedarkan atau boleh muat turun daripada blog ini.
(Lihat ruangan muat turun bahan)
Sekian, terima kasih.
PK Pentadbiran Cikgu Abdul Shukor/Setiausaha Peperiksaan

Monday, July 20, 2009


PESTA DURIAN ANJURAN KELAB GURU
17 JULAI 2009 (JUMAAT)
AJK Kelab Guru dan Kakitangan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan staf termasuk Guru Besar, AJK PIBG, pekerja am dan murid kerana memberi kerjasama dan komitmen bagi menjayakan program tersebut. Diharap semua staf berpuas hati dengan hidangan durian dan buah-buahan tempatan.
Pengerusi Kelab Guru

Sunday, July 19, 2009

HARI ANUGERAH NILAM KALI KE-2
20 JULAI 2009 (07.45 PAGI) DI TAPAK PERHIMPUNAN
Dimaklumkan bahawa aktiviti NILAM akan diadakan pada tarikh dan masa yang dinyatakan termasuk nyanyian Lagu prinsip Rukunegara.
Harap semua murid dan guru dapat memberi kerjasama.
Sekian, terima kasih.
Guru Penyelaras PSS.

Saturday, July 18, 2009

MOTIVASI KEMPEN KESEDARAN GUNA TENAGA
17 JULAI 2009 (JUMAAT)
08.00 PAGI HINGGA 12 TENGAH HARI
DEWAN SEKOLAH
PIBG dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan satu program berbentuk motivasi kepada semua murid dan warga SKTM. Sekumpulan pakar dari SWITCH akan memberi dan menyampaikan ceramah serta akvitivi yang sangat berfaedah. Tujuan program ini diadakan supaya memberi kesedaran dan bimbingan yang jitu dalam penggunaan tenaga.
Berikut atur cara aktiviti ;
08.00 pagi - 09.30 pagi murid Tahap 1
10.30 pagi - 12.00 tengah hari Tahap 2
Murid-murid akan dibahgikan kepada 10 kumpulan pelbagai kebolehan dan kemahiran.
Kerjasama dan komitmen guru-guru amat diharapkan. Sekian, terima kasih.
Pentadbir sekolah dan PIBG.
MURID CEMERLANG 5A UPTP 2 2009
Tahniah dan Syabas! Usaha lagi

Nur Qurratu Iman binti Mohamad Rusli
6 Perdana
Mohamad Aizuddin bin Mustaffa Kamal
6 Perdana




Friday, July 17, 2009

PEPERIKSAAN PRA PKSR 2 DAN UPTP 3
Ambil perhatian bahawa peperiksaan tersebut akan diadakan bermula 28 Julai akan datang. Adalah diharapkan semua murid khususnya calon UPSR membuat persediaan dan ulangkaji sebaik mungkin.
Kejayaan Cemerlang Milik Kita...SKTM Boleh!!!
PK Pentadbiran Cikgu Abdul Shukor Embi

Tuesday, July 14, 2009

LAWATAN BERJADUAL PEGAWAI PPDS KE SEKOLAH
BERMULA 20 JULAI (2 MINGGU)
Mengikut takwin 2009, pihak PPDS bahagian pengurusan akademik akan mengadakan lawatan bimbingan ke semua sekolah daerah selatan. Oleh itu, semua pihak termasuk pentadbir, guru panitia, guru penyelaras, guru kelas serta guru am hendaklah mengemaskini fail serta buku-buku sebagai persediaan. Harap maklum.
Pentadbir sekolah.
PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN KWAPM
Semua waris yang terlibat boleh mengisi borang yang diedarkan oleh GPK Hem mengikut panduan yang diberi ;
i. Lengkapkan borang.
ii. Sertakan satu salinan sijil lahir murid
iii. satu salinan KP waris ibu bapa
iv. satu salinan sijil kematian (jika meninggal)
v. satu salinan surat penceraian
vi. surat pengesahan pendapatan.

Pengesahan pendapatan hendaklah diperakui oleh ;
i. Pegawai kerajaan kumpulan A sahaja.
ii. Ketua kampung
iii. Pengerusi JKKK
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi GPK Hem. Sekian, terima kasih.

Wednesday, July 08, 2009

BAZAR BACA!

9-10 JULAI 2009 (9 pagi hingga 5 petang)

Di Dewan SMK Mutiara Impian

Satu program jualan buku secara besar-besaran akan diadakan di tempat tersebut pada hari dan waktu yang dinyatakan. Jualan buku tersebut dianjurkan oleh SMK Mutiara Impian dengan kerjasama pelbagai penerbit buku nasional. Para guru, waris dan murid-murid digalakkan menyertai acara tersebut bagi memupuk budaya suka membaca.

Sunday, July 05, 2009

LAWATAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN KPM
6 JULAI 2009 (ISNIN)
Satu lawatan berkala akan dilakukan oleh bahagian tersebut yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai. Unit sekolah yang terlibat ialah Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer Sekolah. Diharap semua guru yang terlibat dapat memberi kerjasama dan komitmen semasa lawatan ini berlaku.
Sekian, terima kasih.
Puan Norhayati Siron Penyelaras PSS

Wednesday, July 01, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 4 2009
04 Julai 2009 (Sabtu)
08:00 pagi - 04:30 petang
Makmal Komputer Sekolah
Tajuk : ICT Dalam Pendidikan "Pembinaan Blog dan Photoshop"
SEMUA GURU DIKEHENDAKI BAWA GAMBAR DAN MAKLUMAT BERKAITAN KELUARGA
**Semua guru diwajibkan hadir. Harap maklum.