Friday, June 26, 2009

HARI GANTI PERSEKOLAHAN
SABTU 27 JUN 2009
Jadual hari Jumaat
Pada tarikh tersebut ialah hari ganti persekolahan kedua bagi cuti Hari Raya Aidilfitri 2009 bagi seluruh negara. Semua murid diwajibkan hadir ke sekolah.
Sekian, harap maklum.

Tuesday, June 23, 2009

GURU PRAKTIKUM 3 BULAN
Pihak sekolah telah menerima 4 orang guru lelaki KPLI dalam latihan mengajar dari Institut Perguruan Tuanku Bainun selama 3 bulan. Pada 29 Jun pula, 4 orang guru bakal menjalani latihan yang sama dari Institut Persekutuan Pulau Pinang. Diharap semua guru dan murid dapat memberi kerjasama dan komitmen sebaik mungkin. Harap maklum.

Monday, June 22, 2009

HARI TERBUKA SEKOLAH 1 2009
Sukacita dimaklumkan bahawa kad laporan prestasi murid untuk PKSR 1 akan diedarkan seperti berikut
22 Jun 2009 Isnin
10:30 pagi - 01:00 petang
Para waris dan ibu bapa dijemput hadir ke sekolah untuk mengambil dan menandatangani buku tersebut.
Selain itu, terdapat juga pameran hasil kerja murid.
Sekian harap maklum.
LAMAN WEB RASMI SKTM
Kepada semua pengunjung anda bolehlah melayari laman web sekolah dengan klik www.sktm.edu.my Sekian, terima kasih.
HARI TERBUKA SEKOLAH 22 JUN
Syabas dan tahniah!!!
Para ibu bapa dan guru kelas sedang sibuk berbincang berkaitan prestasi anak masing-masing. Selain itu, pihak waris juga melihat sendiri hasil kerja murid sepanjang 2009. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada semua waris kerana dapat meluangkan masa bagi menjayakan program ini. Kejayaan hari ini penentu masa hadapan.




Saturday, June 20, 2009

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 2/2009
20 JUN (SABTU) 08:30 pagi
Perhatian kepada semua AJK, satu mesyuarat akan diadakan pada tarikh dan masa tersebut di bilik Gerakan tingkat bawah blok A. Semua AJK dijemput hadir. Sekian, terima kasih.

Friday, June 19, 2009

SEMAKAN KDP 14 MINGGU OUM
Perhatian kepada guru yang memohon kursus peningkatan akademik sesi Jun 2009, anda bolehlah mengetahui status permohonan dengan klik pada http://apps.emoe.gov.my/kdp/tawar_14m/
Sekian, terima kasih.
UCAPAN TAKZIAH
Pihak sekolah, guru, staf, PIBG, waris serta semua murid ingin merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Neo Geok See di atas kematian bapa mentua pada 18 Jun 2009.
Adalah diharapkan cikgu sabar dan tabah menempuh dugaan dan cabaran.
Sekian.

Thursday, June 18, 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 3
Web TV dan RIMUP
Latihan ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna. Terima kasih kepada Puan Norhayati Penyelaras PSS dan Encik Mohd Zaini yang mengetuai serta menyampaikan maklumat dengan cemerlang.

Puan Norhayati tekun dan berdedikasi menyampaikan taklimat Webtv

PK Pentadbiran Encik Abdul Shukor turut serta dengan penuh minat.



Guru-guru asyik melakukan tugasan manakala Guru Besar pula sedang memerhati perjalanan latihan ini.


UCAPAN TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Semua warga SKTM ingin merakamkan ucapan takziah kepada Cikgu Sharifah Rosmaria dan keluarga dari SK Sungai Bakap di atas pemergian suami tercinta menemui Illahi pada 16 Jun 2009. Sesungguhnya kesabaran hati menjadi tunjang kehidupan manusia.
AL-FATIHAH

Wednesday, June 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU 2009

Guru Pembina Negara Bangsa
Pelbagai acara diatur bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru termasuklah membaca perutusan YAB Menteri Pelajaran oleh PK Pentadbiran, YBg KPM oleh PK Kokurikulum, sukaneka, nyanyian lagu Guru Malaysia, persembahan pentas, tukaran hadiah, hadiah cenderahati dan jamuan.

Guru Besar mengetuai bacaan ikrar dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia di hadapan semua murid.

PK Kokurikulum Encik Anas sedang menyampaikan hadiah bertuah kepada salah seorang guru Puan Noramal Guru Kaunseling. Meriah sungguh. Tahniah.









Tuesday, June 16, 2009

UCAPAH TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Pihak sekolah, guru, staf, murid-murid, ibu bapa dan PIBG ingin mengucapkan takziah dan penuh simpati kepada adik Aida Afrina serta keluarga dari 6P di atas kematian bonda tersayang pada 16 Jun 2009.
Sebarang bentuk sedekah bolehlah diberi melalui Cikgu Noor'in PK Hem.

Monday, June 15, 2009

KEDATANGAN BLUEHYPPO BERSAMA PIBG
Semua guru dan murid sedang asyik mendengar dan menonton gelagat BleuHyppo membuat persembahan.


YDP PIBG Encik Azizzuddin menyampaikan taklimat bersama BleuHyppo kepada semua murid di dewan sekolah. Tahniah buat YDP dan AJK yang begitu aktif dan bersungguh-sungguh membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan murid. Syabas.


BORANG MAKLUMAT MURID JUN 2009
Pihak sekolah akan menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi murid dan keluarga berdasarkan 30 Jun (terkini) untuk dihantar ke JPN dan KPM. Oleh demikian, adalah diharapkan para waris dapat memberi kerjasama jika terdapat perubahan berikut;
a) Bilangan ahli keluarga
b) Pendapatan bapa / ibu / waris
c) Alamat dan nombor telefon atau sebagainya...
Jika berlaku kesilapan atau ketidaksahihan maklumat akan menjejaskan murid menerima bantuan dan sumbangan daripada pihak KPM. Sebarang pertanyaan hubungi Cikgu Noor'in PK Hem atau guru kelas.
ANUGERAH NILAM 2009
Pusat Sumber Sekolah sedang mengutip dan menyemak buku catatan Nilam untuk dinilai dan diaudit bagi menentukan penganugerahan tokoh tersebut. Para murid yang terpilih akan menerima hadiah dan sijil. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cikgu Norhayati atau Cikgu Khalijah.

Monday, June 01, 2009

'SEKALUNG PENGHARGAAN' PERKAMPUNGAN ILMU UPSR 2009
Program ini telah berjaya dijalankan dengan sempurna dan tepat serta padat mengikut perancangan yang disusun. Tahniah buat semua murid tahun 6 serta waris kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi. Tidak lupa juga buat semua guru dan PIBG yang bertungkus-lumus menjayakan program tersebut. Menjadi harapan bagi unit bimbingan kaunseling membantu meningkatkan keyakinan serta keupayaan calon-calon UPSR menjawab soalan. Tahniah dan Syabas!!! Teruskan usaha anda.
Puan Noramal Zainal Guru Bimbingan dan Kaunseling