Sunday, March 06, 2011



PROGRAM BIMBINGAN UPSR
4 MAC 2011
Satu program bimbingan yang diatur oleh Unit Bimbingan PPDS telah berjaya diadakan khas buat calon-calon UPSR tahun ini. Seramai 3 orang guru kaunselor sekolah SPS terlibat. Kelolaan Puan Noramal Guru Kaunselor SKTM.

Saturday, March 05, 2011




MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 10
5 MAC 2011

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat AJK PIBG yang lalu, jasa dan bakti amatlah dihargai. Tahniah buat AJK baharu dilantik.

MAJLIS ANUGERAH NKRA 2010
28 FEBRUARI 2011 MERLIMAU MELAKA
TAHNIAH!!! Buat semua warga SKTM
atas kejayaan penganugerahan Tawaran Baru Guru Besar Lonjakan Prestasi Cemerlang UPSR. Anugerah diterima oleh Mantan Guru Besar Encik Goh Tick Koon dari YAB TPM. Syabas.

Thursday, March 03, 2011

MEMORI DALAM KENANGAN

Tuesday, February 22, 2011


KURSUS NILAM PKG SUNGAI BAKAP
21 FEBRUARI 2011
Kursus dianjurkan oleh pihak PKG Sungai Bakap bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di makmal Komputer SK Taman Merak. Semua guru Nilam PSS terlibat.

Sunday, February 20, 2011

PEPERIKSAAN PRA PKSR 1
28 FEBRUARI - 2 MAC 2010
Peperiksaan ini berjalan serentak dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Adalah diharap semua murid dapat membuat persediaan bagi mencapai kejayaan cemerlang. Pastikan kehadiran anda pada waktu yang ditetapkan. Jadual akan diedarkan kemudian.

Thursday, February 17, 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9
5 MAC 2010 (SABTU 9 PAGI)
Perhatian semua ibu bapa, waris, penjaga dan guru, mesyuarat agung akan berlangsung pada hari dan waktu yang tertera. Diharap tuan puan menerima notis mesyuarat tersebut daripada anak jagaan tuan puan. Sebarang usul bolehlah dikembalikan pada guru kelas. Kehadiran tuan puan amatlah dialu-alukan. Setiausaha PIBG 2010/2011.

Tuesday, February 15, 2011



SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL
23 FEBRUARI 2011 (RABU)
Sambutan Maulidur Rasul akan diadakan pada jam 2 petang hingga 4 petang. Semua guru dan murid diminta hadir untuk menjayakan majlis tersebut.



PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 & IKRAR
19 FEBRUARI 2011
Satu perjumpaan waris dan bacaan ikrar untuk calon UPSR 2011 bertempat di dewan sekolah. Penceramah Ustaz Muhamad Aziz PK Pentadbiran SMKA Nibong Tebal. Diharap semua waris dan guru dijemput hadir.

Sunday, February 13, 2011


SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
15 FEBRUARI 2011
Warga SKTM mengucapkan salam Maulidur Rasul buat semua penganut agama Islam. Sesungguhnya kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW menjadi landasan buat kita semua supaya menjadi insan yang taat dan patuh kepada ajaran Islam sebenar.

Saturday, February 12, 2011



PENGEMASKINIAN DATA SISTEM MAKLUMAT MURID 2011
Adalah diharapkan semua ibu bapa dapat mengisi borang BMM untuk melengkap maklumat terkini keluarga masing-masing untuk dihantar ke KPM. Antaranya
1. Jumlah pendapatan terkini
2. Bilangan anak dan tanggungan
3. Nombor telefon terkini
4. Alamat rumah dan tempat kerja
PK Hem Puan Noor'in Abdul Rahman

Sunday, January 30, 2011

SELAMAT DATANG GURU PRAKTIKUM
IPG TUANKU BAINUN 2011

Khas buat tuan-tuan dan puan-puan, kehadiran anda dialu-alukan oleh semua warga SKTM. Andaikata perlukan bantuan jangan malu kami sedia membantu anda. Guru Dedikasi Pembina Negara Bangsa.
TAHNIAH DAN SYABAS SKTM
Sekolah ini telah dicalonkan oleh pihak JPN dan nazir untuk penganugerahan NKRA 2010 di atas kecemerlangan pencapaian UPSR lalu. Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan pihak PPDS, JPN dan Nazir pada 17-19 Januari lalu. Kejayaan ini untuk semua.


MINGGU ORIENTASI PSS 2011
1 FEBRUARI 2011
Program anjuran PSS kelolaan GPM Cikgu Norhayati, khas untuk murid tahun 1 sesi persekolahan 2011 mengenali PSS, bilik-bilik khas, cara peminjaman dan pemprosesan buku. Harap semua guru dan murid dapat beri kerjasama.

Monday, January 17, 2011

SELAMAT BERTUGAS KEPADA YANG BERTUKAR MASUK KELUAR 2011
Bertukar Keluar:
Encik Ponnuduraj SK St Mark Butterworth
Puan Fauziah Begum SK Kota Damansara II Selangor
Puan Rohaini SK Telok Taiping
Bertukar Masuk:
Puan Sarimah SK Sungai Bakap
Puan Syida SK Jawi
Puan Theeba SK Sungai Bakap
Encik Veeran Pahang
Puan Norhayati Penempatan Baru
Puan Siti Idah Pembantu Tadbir

Sunday, January 02, 2011




MINGGU ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2011
31 DISEMBER 2010
Minggu suai kenal bagi semua murid tahun satu dan prasekolah sesi persekolahan 2011. Tujuannya untuk memastikan murid bersedia menghadapi alam persekolahan. Ramai ibu bapa serta waris hadir. Begitu juga guru.

Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN RASMI UPSR 2010
ANGKA 13 ANGKA KERAMAT
Tahniah dan syabas buat semua murid, ibu bapa, waris serta guru yang telah membantu meningkatkan prestasi sekolah. Tahniah.
13 5A dan 7 4A : Pencapaian keseluruhan 78.12% meningkat 15% daripada 2009.
Calon 5A akan disiarkan gambar nanti.

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR
19 NOVEMBER 2010 JUMAAT
Pelbagai acara serta jamuan diadakan untuk menghargai jasa dan pengorbanan Guru Besar yang akan bersara pada 14 Disember 2010. Sesungguhnya kehadirannya menyerikan sktm.
Selamat Bersara.
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010
13 November 2010 -8 pagi hingga 12 tengah hari
Bersama Memertabatkan Kegemilangan SKTM
Semua waris dan murid yang terlibat dijemput hadir. Majlis ini diadakan bagi mengikhtiraf pencapaian murid cemerlang akademik dan kokurikulum. Isnin 15 November cuti peristiwa.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR
JAMUAN AKHIR TAHUN
13 NOVEMBER 2010 Di SUMMIT HOTEL BM
Majlis tersebut diadakan bertujuan menghargai jasa dan bakti Tuan Guru Besar Encik Goh Tick Koon yang akan mula bersara pada 14 Disember 2010. Selain itu, menghargai semua guru dan staf yang telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang tahun ini. Mengenang guru dan staf yang telahpun bertukar mulai awal 2010.
Ustaz Ahmad Zabidi, Encik Azami dan Puan Siti Zabaniah.
Majlis akan bermula jam 1 tengah hari hingga 4 petang. Semua Staf dijemput hadir.
Pengerusi Badan Kebajikan Sosial Guru dan Kakitangan.