Thursday, August 16, 2012

Pra Hari Raya

SKTM telah mengadakan satu majlis sambutan Pra Hari Raya Aidil Fitri.
Sempena majlis sambutan Pra Hari Raya Aidil Fitri kali ini, seperti tahun yang lepas, pemberian 'duit raya' kepada setiap murid SKTM yang hadir ke sekolah pada hari itu.
Murid-murid turut bersalaman dan meminta maaf dengan semua guru.
Tidak lupa semua guru juga turut bermaaf-maafan sesama sendiri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua warga SKTM khasnya dan semua muslimin dan muslimat amnya.

Tuesday, August 07, 2012

Majlis berbuka SKTM

SKTM akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk guru-guru dan ibu bapa murid tahun 6 pada hari Khamis 9/8/2012. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara warga kerja SKTM dan ibu bapa serta murid-murid tahun 6 SKTM. Disamping majlis berbuka, bacaan Yasin untuk mendoakan kejayaan murid-murid pada UPSR 2012 juga akan diadakan dan sedikit Tazkirah dari seorang penceramah dari Kedah. Selepas itu Solat Terawih diadakan disekolah bagi sesiapa yang berminat bolehlah menunggu dan solat bersama-sama.

Pra PKSR 2

Salam sejahtera semua. SKTM baru saja melepasi minggu peperiksaan kali pertama buat penggal kedua. Diharapkan semua murid SKTM telah berjaya menjawab dengan cemerlang semua subjek yang diambil. Murid-murid tahun 6 masih lagi dalam mod Percubaan UPSR dengan menjawab soalan dari negeri Terengganu. Guru-guru SKTM telah banyak berusaha untuk murid-murid SKTM mencapai kecemerlangan. Diharapkan murid-murid tidak menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru mereka tak kira di sekolah atau pusat tusyen.