Tuesday, July 17, 2012

Banjir di Bilik Komputer

Malang sekali bagi SKTM kerana Bilik Komputernya telah mengalami kebocoran bumbung sehingga mengakibatkan kebanjiran air. Walaubagaimana pun, komputer-komputer didalam bilik komputer tidak mengalami sebarang kerosakan kerana air masuk dari stor bilik komputer dan cuma membanjiri bahagian belakang bilik komputer. Kebocoran tersebut telah dilaporkan kepada Tuan Guru Besar dan Tuan Guru Besar telah mengarahkan kontraktor berpengalaman untuk memeriksa bahagian atas bumbung. Hasil pemeriksaan bersama pekerja kontraktor sekolah, kontraktor melaporkan bahawa kebocoran adalah berpunca daripada bumbung. Tindakan seterusnya akan diambil bagi membaiki kebocoran tersebut.

Bulan Kemerdekaan 2012

SKTM telah melancarkan bulan kemerdekaan sempena hari kemerdekaan Malaysia. Bulan Kemerdekaan ini disambut dengan tujuan untuk menyedarkan murid-murid bahawa kemerdekaan ini tidak datang dengan mudah. Perasmian Bulan Kemerdekaan 2012 SKTM telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTM iaitu En Zaikuan b Husain. Sempena pelancaran bulan kemerdekaan ini, suatu pertandingan mendeklamasi sajak telah diadakan dan dimenangi oleh adik Amirul Asyraf dari kelas 6Waja
. Pemenang tempat kedua ialah adik Ummi Hafizah dari kelas 4Perdana
dan tempat ketiga ialah adik Azri Haziq dari kelas 3Perdana. Tahniah adik-adik atas usaha yang tidak mengenal jemu.

Tuesday, July 10, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Hari ini Selasa 10/7/2012, SKTM telah berjaya menjalankan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang diadakan serentak di semua sekolah di Malaysia. Tepat pada jam 8 pagi dengan diketuai guru-guru Pendidikan Jasmani, murid-murid SKTM telah melakukan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia
hampir setengah jam mengikut CD yang diberikan oleh pihak Kementerian. Tahniah buat Warga SKTM yang juga dibantu oleh PIBG yang cemerlang yang juga turut sama melakukan Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia.

Monday, July 09, 2012

Israk & Mikraj peringkat sekolah

Pada 4hb Julai yang lalu, SKTM telah mengadakan majlis sambutan Israk & Mikraj peringkat sekolah. Program yang dijalankan oleh Panitia Agama Islam ini bermula pada pukul 1 tengahari dan berakhir pada pukul 5 petang. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Al-Ustaz Mohd Nizam bin Desa dari Sekolah Hashim Awang.

PIBG dihargai!!!

SKTM disini ingin mengucapkan tahniah kepada PIBG SKTM kerana dengan hasil usaha gigihnya, pihak PIBG telah mendapat hadiah tempat ketiga PIBG terbaik diantara semua PIBG sekolah di kawasan Seberang Perai Selatan. SKTM berbangga terhadap Jawatankuasa PIBG yang diketuai oleh En Mazli kerana telah menjalankan tanggungjawab yang terbaik terhadap kebajikan murid-murid SKTM. TAHNIAH PIBG SKTM!!!!

Sukan Tahunan SKTM

SKTM baru baru ini telah berjaya mengadakan Sukan Tahunan. Semua guru dan murid telah berusaha bersama-sama bagi menjayakan Sukan Tahunan kali ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, rumah-rumah yang bertanding adalah Rumah Biru, Rumah Kuning, Rumah Hijau dan Rumah Merah.
Setiap rumah telah berusaha dengan sedaya upaya untuk memenangi pertandigan sukan pada kali ini tetapi pemenangnya adalah Rumah Biru, tempat kedua disandang oleh Rumah Hijau dan tempat ketiga ialah Rumah Kuning. Malang buat Rumah Merah kerana mendapat tempat keempat walaupun telah berusaha sehabisnya. Tahun depan cuba lagi. Olahragawan tahun 2012 dimenangi oleh adik Syaz Nazwan dari Rumah Hijau