Thursday, March 29, 2012

Program Susu Sekolah (PSS)

SKTM 26 Mac 2012. SKTM disini ingin menghebahkan maklumat bahawa Program Susu Sekolah telah dimulakan [ada minggu ini. Setiap minggu murid-murid akan dibekalkan dengan 2 kotak air susu untuk diminum sehingga habis setiap kali air susu diberikan. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan air susu tersebut kerana dikhuatiri rosak setelah dibuka. Kepada ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka minum air susu tersebut diminta menghantarkan borang kebenaran bertulis yang guru-guru kelas bekalkan dan pastikan anda menanda tidak membenarkannya.

Kawad Kecemasan 1 2012



SKTM 29 Mac 2012. SKTM dengan kerjasama Jawatankuasa 3K di bawah unit Keselamatan telah mengadakan Kawad Kecemasan kali 1 2012. Kawad kecemasan ini adalah latihan untuk murid-murid dan para guru berlatih menghadapi masa kecemasan. Kawad Kecemasan kali ini diketuai oleh Cikgu Roslan b Keloyong yang mengendalikannya dengan baik. Menurut Encik Roslan, prestasi untuk menghadapi kecemasan masih boleh diperbaiki lagi.

Saturday, March 24, 2012

Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 2012



24/3/2012 hari Sabtu. SKTM mengucapkan tahniah kepada murid-murid dan juga ibu bapa yang sudi menghadiri Program Motivasi Keibubapaan kali ini. Penceramah yang berpengalaman iaitu Pegawai Pendidikan Khas/Pemulihan PPDS, En Osman bin Hashim sudi datang dengan jemputan daripada tuan Guru Besar, En Zaikuan Husain bagi mengongsikan pengalaman beliau sebagai tenaga pengajar dari pusat pengajian tinggi sehinggalah sekarang. SKTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau. SKTM di sini sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Lawatan Kelompok PPDS ke SKTM

Baru-baru ini, SKTM sekali lagi menerima tuah dengan Lawatan Kelompok dari PPDS ke SKTM. Lawatan yang bertujuan untuk menilai keupayaan sekolah dan memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna bagi semua warga SKTM pada masa akan datang. SKTM sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai PPDS yang sudi meluangkan masa datang ke SKTM bagi tujuan yang murni ini. Program SHUKOR juga turut dirasmikan oleh pegawai dari PPDS.

Wednesday, March 07, 2012

Cuti Pertengahan Penggal 1 2012

SKTM disini ingin mengumumkan bahawa Cuti Pertengahan Penggal 1 2012 akan bermula pada Sabtu 10/3/2012 dan berakhir pada Ahad 18/3/2012. Sekolah akan dibuka semula pada Isnin 19/3/2012. Diharapkan semua murid SKTM dapat mengisi waktu percutian dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kem Bestari Solat

SKTM dengan kerjasama Panitia Agama Islam sekali lagi tidak ketinggalan menganjurkan Kem Bestari Solat untuk anak-anak murid yang beragama Islam. Kem ini bertujuan untuk mendedahkan kepentingan solat lima waktu kepada murid tahap 1 dan mengukuhkan keimanan kepada murid tahap 2. Semua murid beragama islam diwajibkan hadir pada Kem Bestari Solat kali ini yang dianjurkan pada hari Rabu 7/3/2012. Semoga SKTM umumnya dan murid-murid khasnya diberkati ALLAH.

Sukan Daerah

SKTM sekali lagi seperti tahun-tahun sudah tidak ketinggalan menyertai Sukan Olahraga Daerah Seberang Perai Selatan yang dianjurkan di Stadium Batu Kawan. Pasukan olahraga SKTM dilatih oleh jurulatih berpengalaman iaitu En Abdul Shukor b Embi yang melatih setiap pasukan olahraga SKTM dari dahulu hingga sekarang. Tahun ini adalah pasukan olahraga terakhir yang dilatih oleh EN Abdul SHukor keran beliau akan bersara pada penghujung tahun. SKTM akan terasa kehilangan beliau sebagai jurulatih olaharaga SKTM. Namun begitu, kita harapkan pasukan olahraga yang bertanding pada kali ini dapat sekurang-kurangnya menghadiahkan sebuah pingat kepada SKTM umumnya dan Cikgu Shukor khasnya.